Contoh borang deklarasi murid untuk aktiviti luar
Kemenjadian murid dan pelajar sangat penting di peringkat sekolah sama ada dalam akademik, disiplin ataupun kokurikulum. Semua aspek tersebut perlu dibangunkan secara menyeluruh.
Dalam meniti era tanpa sempadan, pihak sekolah semakin giat menjalankan aktiviti demi memperoleh kejayaan yang memberi manfaat kepada murid. Semua sekolah di Malaysia kini mewajibkan para pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang memberi 1001 manfaat dan kepentingan.
Kokurikulum bermaksud aktiviti yang dijalankan di luar waktu persekolahan seperti pada waktu petang selepas masa pembelajaran dan pemudahcaraan. Semua aktiviti kokurikulum ini akan memberi pelbagai kepentingan dan kebaikan kepada pelajar demi masa depan mereka.
Antara kepentingan aktiviti kokurikulum ini termasuklah para pelajar dapat mengisi masa senggang mereka yang selalu tidak dimanfaat dengan aktiviti yang lebih memberikan kebaikan. Sesuailah dengan kata cendekiawan yang mengatakan bahawa masa itu emas. Natijahnya, murid dapat menggunakan masa yang diperuntukkan kepada mereka dengan menyihatkan tubuh badan dan menajamkan akal fikiran mereka.
Selain itu, para pelajar dapat menyemaikan semangat kerjasama sesama pelajar juga sesama guru dan pelajar. Hal kerana sesama melakukan aktiviti kokurikulum mereka perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi memudahkan kerja mereka.
Selain itu, terdapat juga aktiviti yang memerlukan pelajar untuk berganding bahu seperti pertandingan perarakan, mereka perlulah menyeragamkan setiap langkah mereka bagi mendapat markah yang lebih baik. Kesimpulannya, kerjasama dapat dipupuk melalui aktiviti kokurikulum.
Dalam menjalankan aktiviti kokurikulum sama ada di luar atau di dalam sekolah, amat penting untuk murid mendapat kebenaran daripada ibu bapa untuk menyertai aktiviti tersebut.
Berikut merupakan contoh borang deklarasi murid untuk aktiviti luar.
Contoh borang deklarasi untuk murid aktiviti luar
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]