Template Pelaporan PBD Tahun 3 KSSR Semakan Versi 3 2019
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).
Terdapat 6 tahap penguasaan dalam pelaporan ini yang akan menentukan penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran. Antara 6 tahap penguasaan tersebut adalah seperti Tahap 1 di mana Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
Tahap 2 pula murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Tahap 3 memberi tanggapan umum di mana murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
Tahap 4 pula murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
Tahap 5 adalah Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif manakala tahap 6 murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.
Bermula 2019, tahap 1 dari tahun 1 hingga tahun 3 menggunakan pelaporan bilik darjah berdasarkan kurikulum standard sekolah rendah KSSR semakan bermula 2017. Tiada lagi peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun bagi murid tahap 1 bermula 2019 kerana akan menggunakan pentaksiran bilik darjah sepenuhnya.
Template yang dikongsikan ini menggabungkan semua mata pelajaran yang dipelajari pada tahun tersebut. Kongsikan kepada rakan guru.
Berikut merupakan template pelaporan pbd tahun 3 kssr semakan versi 3 yang digunapakai bermula 2019
PBD Tahun 3 versi 3 kssr semakan
Terima kasih.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]