Percubaan PT3 2019 Matematik Contoh 1
PT3 merupakan suatu pentaksiran yang bersifat holistik. Ini disebabkan ia turut memberikan pemberatan terhadap pencapaian dalam bidang kokurikulum. Keupayaan pelajar dalam bidang sukan, permainan, olahraga, persatuan, kelab dan pasukan beruniform akan dinilai dan diberikan markah.
Bagi memastikan pengurusan PT3 ditadbirkan dengan berkesan Lembaga Peperiksaan akan sentiasa memantau dan menilai pelaksanaannya. Bahagian itu akan menyediakan garis panduan dari segi standard jawapan dan menyelaraskan skor markah. Oleh itu semua pihak tidak perlu bimbang atau sangsi dari segi kesahihan dan kebolehpercayaan pentaksiran itu kerana akan sentiasa diawasi dan dinilai oleh Lembaga Peperiksaan dari semasa ke semasa.
Dalam masa sama penilaian ini akan dapat mengenal pasti lebih awal bakat dan kebolehan pelajar dari aspek kepimpinan, keupayaan fizikal dan keunggulan sahsiah.
PT3 ini merupakan pentaksiran yang dilaksanakan untuk calon di tingkatan 3 menggantikan PMR. Pentaksiran ini lebih holistik dan menyeluruh berbanding PMR.
Wany Hasrita merancang untuk meningkatkan penhasilah strawberi di kebunnya kepada 1500kg sebulan. Dia menjalankan suatu rawatan khas dan berjaya meningkatkan penghasilan strawberi sebanyak 540kg sebulan, dengan keadaan 28kg kurang daripada amaun yang dirancangnya. Hitung penghasilan strawberi dalam g, di kebun Wany Hasrita dalam tempoh sebulan sebelum rawatan khas tersebut
Pada tahun 2012, Irfan membeli 6000 unit saham Syarikat Aspirasi Berhad yang bernilai RMy seunit. Pada tahun tersebut, syarikat itu telah mengumumkan dividen sebanyak 9.5%. Jika Irfan menerima dividen sebanyak RM 1140, cari nilai y.
Rajah 16, menunjukkan sebuah prisma tegak dengan tapak ABCD berbetuk segi empat tepat yang terletak pada suatu satah mengufuk . Permukaan LEABF ialah keratan rentas seragam prisma tersebut. Diberi EA = FB = GC = HD dan keempat-empat sisi ini adalah tegak.
Berikut merupakan Percubaan PT3 2019 Matematik Contoh 1
Kertas Trial PT3 2019 Matematik Contoh 1
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com