Sumber Pendidikan

Menu
  • SPM KSSM
    • Bahasa Inggeris SPM
  • DSKP
  • RPT KSSR KSSM 2021
  • Pelaporan PBD
  • Buku Teks Digital
  • Kertas Ujian
  • kerja kosong
  • Privacy Policy

rph

Perincian Pendidikan Sivik Sekolah Rendah

admin January 17, 2020

Perincian Pendidikan Sivik Sekolah Rendah

1. Apakah itu pendidikan sivik?*

Pendidikan sivik membawa maksud ilmu berkaitan tatarakyat dan bagaimana menggerakkan seseorang warganegara itu supaya bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

2. Apakah tujuan pendidikan sivik diperkenalkan?*

Pendidikan sivik penting sebagai sebahagian daripada usaha untuk membentuk generasi Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme, mengetahui hak dan tanggungjawab sebagai warganegara serta memiliki akhlak mulia dan keperibadian tinggi dalam pelbagai konteks termasuk diri, keluarga, sekolah, masyarakat dan negara.

3. Bilakah pendidikan sivik dilaksanakan?*

Pendidikan sivik telah mulai dilaksanakan pada Jun 2019.

4. Adakah pendidikan sivik ini melibatkan semua sekolah?*

Pelaksanaan pendidikan sivik ini melibatkan semua prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

5. Bagaimana pendidikan sivik ini dilaksanakan?*

Pelaksanaan pendidikan sivik dilakukan secara bersepadu dengan memberi penekanan kepada aspek literasi sivik dan amali sivik dan pelaksanaannya melibatkan di dalam dan di luar bilik darjah.

6. Apakah yang dimaksudkan dengan aspek literasi dan amali sivik?*

Literasi sivik adalah rangkuman kepada aspek pengetahuan kewarganegaraan, sosioemosi kewarganegaraan dan tindakan kewarganegaraan yang dimasukkan dalam kurikulum dan perlu dikuasai murid.

Semua perkara ini dirangkumkan dalam kurikulum melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah.

Pendidikan sivik akan dilaksanakan selama satu jam pada minggu keempat setiap bulan dalam waktu mata pelajaran berkenaan.

Pendidikan sivik juga diajar kepada anak-anak di prasekolah selamat 30 minit.

Amali sivik pula memberi fokus kepada aspek praktikal amalan sivik melalui pengaplikasikan dalam perhimpunan sekolah, aktiviti kokurikulum dan program sekolah yang lain.

7. Adakah pelaksanaan pendidikan sivik ini akan membebankan guru dan murid?*

KPM sentiasa memastikan sebarang pelaksanaan terhadap penambahbaikan pendidikan negara tidak melibatkan pertambahan tugas kepada guru atau memberikan bebanan kepada murid.

Pelaksanaan pendidikan sivik ini tidak melibatkan sebarang pertambahan masa dalam jadual harian sekolah kerana ia diaplikasikan kepada mata pelajaran sedia ada seperti yang disenaraikan di perenggan 6.

8. Bagaimana KPM dapat memastikan pelaksanaan pendidikan sivik ini dapat berjalan lancar?*

Bagi memastikan pelaksanaan pendidikan sivik ini berjalan lancar, KPM telah menyediakan KPM telah menyediakan Perincian Pemetaan Pendidikan Sivik yang merangkumi Modul Exemplar untuk kurikulum, Manual Perhimpunan Sekolah dan Amalan Nilai Murni serta Manual Amalan Pendidikan Sivik dalam kokurikulum.

Guru-guru boleh menggunakan semua bahan-bahan ini sebagai asas untuk menggerakan pengajaran sivik, namun dalam masa sama KPM sentiasa terbuka untuk guru-guru menggunakan daya kreativiti masing-masing dalam menyampaikan ilmu.

Berikut merupakan perincian bagi pelaksanaan Pendidikan Sivik di sekolah rendah

Perincian Pendidikan Sivik di Sekoalh Rendah

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Prev Article
Next Article

Related Articles

Tapak RPH M2P Pendidikan Moral Tahun 5
RPH M2P Pendidikan Moral Tahun 5 Perkongsian kali ini berkenaan …

Tapak RPH M2P Pendidikan Moral Tahun 5

Tapak RPH M2P Pendidikan Muzik Tahun 4
Tapak RPH M2P Pendidikan Muzik Tahun 4 Perkongsian kali ini …

Tapak RPH M2P Pendidikan Muzik Tahun 4

About The Author

admin

Leave a Reply Cancel Reply

Subscribe channel Sumber Pendidikan

  • RPH SK SMK by ROZAYUS 2024
  • RPH SK SMK by CG GORGEOUS 2024
  • RPH PRASEKOLAH 2024
  • RPH PPKI RENDAH MENENGAH 2024
  • REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR (FAIL RPH) 2024
  • Bahan Lengkap Fail Panitia Mengikut Senarai Semak
  • Penetapan Keberhasilan PBPPP 2021
  • Panduan dan Contoh Evidens Lengkap SKPMg2
  • myPortfolio : Panduan dan bahan berkaitan
  • Koleksi Bahan Bahan Kokurikulum

Popular Posts

  • RPT Pendidikan Seni Visual Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Sains Tahun 1 2026 KSSR Semakan
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Inggeris CEFR Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Melayu Tahun 1 2026 KSSR …
    November 26, 2025 0

Contact Us

Untuk beriklan di web dan telegram, hubungi kami melalui whatsapp di hubungi kami di whatsapp

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com

Penafian

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang sebarang komen yang dibuat oleh pengunjung laman web ini dan kerosakan yang diterima pengguna

Free Porn porn Sex

Sumber Pendidikan

Copyright © 2025 Sumber Pendidikan
Theme by MyThemeShop.com

Ad Blocker Detected

Refresh