Tatacara Kursus Orientasi DSKP Tahun 5 KSSR Semakan
Perkongsian kali ini melibatkan tatacara kursus orientasi DSKP Tahun 5 KSSR Semakan secara atas talian untuk persediaan pada tahun hadapan.
DSKP iaitu dokumen standard kurikulum dan pentaksiran merupakan salah satu bahan utama yang perlu disediakan oleh para guru menjelang bermulanya sesi persekolahan di awal setiap tahun. Dskp ini akan menjadi panduan dan rujukan kepada guru bermula di awal tahun sehingga ke akhir sesi persekolahan.
DSKP terkini ini akan menggantikan Dokumen Standard Kurikulum dan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) yang telah menjadi panduan bermula tahun 2011 lagi.
Berikut merupakan Koleksi DSKP Tahun 5 KSSR Semakan 2017 untuk pelbagai mata pelajaran. DSKP ini boleh digunakan pada kursus penyebaran dskp tahun 5 yang akan dilaksanakan pada tahun 2020.
Dskp tahun 5 ini akan digunapakai bermula tahun 2021. Para guru boleh menyiapkan pelbagai dokumen lebih awal.
Berikut merupakan koleksi DSKP Tahun 5 KSSR Semakan
Koleksi DSKP Tahun 5 KSSR Semakan 2017
Berikut pula merupakan tatacara untuk kursus orientasi DSKP Tahun 5 KSSR Semakan ini.
1. Log masuk laman sesawang DELIMa di
2. Klik Guru
3. Klik Sumber Rujukan PdP
4. Klik BPK
5. Klik Kursus Orientasi 2020
6. Pilih dan klik Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah
7. Klik Mata Pelajaran
8. Ikuti semua bahan kursus hingga selesai
9. Klik SPLKPM dan masukkan nombor kad pengenalan
Diharap dengan penyediaan tatacara ini memudahkan urusan guru melaksanakan kursus orientasi secara atas talian.
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
Arif
Terima kasih