Buku Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
Perkongsian kali ini melibatkan Buku Pengurusan Pusat Sumber Sekolah sebagai contoh rujukan dan panduan guru dan sekolah.
Berikut merupakan jawatan dan tugasan mengikut jawatan yang terdapat dalam pengurusan pusat sumber sekolah.
Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah
- Mempengerusikan setiap mesyuarat J/K Pengawas.
- Bertanggungjawab di atas perjalanan Lembaga Pengawas PSS.
- Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru PSS.
Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah
- Mempengerusikan mesyuarat jika ketua tiada.
- Menjalankan tugas-tugas khas yang diarahkan oleh Guru PSS.
- Menanggung bersama perjalanan Lembaga Pengawas.
Setiausaha
- Menyediakan agenda dan minit mesyuarat.
- Menyediakan surat menyurat Pengawas PSS.
- Menyediakan laporan aktiviti Lembaga Pengawas PSS.
Bendahari
- Menerima wang kutipan daripada hasil denda dan aktiviti yang dijalankan.
- Menyerahkan wang kepada Guru Penasihat.
- Menyediakan Laporan Kewangan Pengawas PSS.
AJK BIRO
- Memastikan suasana PSS – bilik / sudut sentiasa ceria.
- Menghiaskan sudut / papan kenyataan biro masing-masing
- Menyenaraikan aktiviti biro masing-masing.
- Mempromosikan buku / bahan / aktiviti baru.
- Menyediakan senarai ahli serta Jadual Tugas.
AJK Tingkatan
- Memastikan segala maklumat PSS disampaikan kepada kelas.
- Memastikan Buku Rekod NILAM berada di PSS dan disusun mengikut kelas.
- Memastikan senarai nama kelas betul diautomasikan.
Berikut merupakan buku pengurusan pusat sumber sekolah
Contoh buku pengurusan pusat sumber sekolah
PENGURUSAN-PUSAT-SUMBER-SEKOLAH-doc
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]