Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
Program biasiswa SPAN memberi peluang kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 untuk melanjutkan pelajaran dari peringkat Pengajian Asasi/Matrikulasi hingga ke Ijazah Pertama di universiti-universiti awam dalam negara. Menjadi impian SPAN untuk memupuk generasi muda yang holistik dan seterusnya melangkah ke alam kerjaya bagi memenuhi keperluan sektor kawalselia air dan pembetungan negara.
Biasiswa SPAN bukan hanya merangkumi yuran pengajian dan pelbagai elaun tetapi SPAN juga menyediakan program pembangunan yang diatur dan disusun bagi mengasah bakat kepemimpinan, kemahiran interpersonal dan pemikiran kritis pelajar sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar.
Calon yang berjaya akan mendapat peluang untuk berkhidmat di SPAN selepas tamat pengajian kelak.
SPAN menawarkan biasiswa penuh dari peringkat Pengajian Asasi/Matrikulasi hingga ke Peringkat Ijazah pertama di universiti-universiti awam dalam bidang-bidang berikut:
- Teknikal (kejuruteraan dan ukur bahan)
- Ekonomi / perniagaan
- Perakaunan dan kewangan
- teknologi maklumat / data sains
Kos penajaan
- yuran pengajian mengikut kadar yang ditetapkan universiti
- Elaun seperti sara hidup, penginapan, buku, alat perkakas, tesis, latihan amali
- Komputer riba diberikan sekali sepanjang pengajian
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Calon-calon wajib memenuhi syarat-syarat permohonan secara umum dan khusus seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Mempunyai kesihatan yang baik;
- Aktif dalam aktiviti kokurikulum;
- Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian sama.
- Calon-calon perlu memenuhi syarat-syarat khusus berikut;
- Menduduki peperiksaan SPM 2020 yang dijalankan pada bulan Mac 2021 buat pertama kali;
- Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2020;
- Pelajar hendaklah mendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya 9A iaitu Bahasa Malaysia dan mana-mana 8 mata pelajaran tanpa mengambil kira mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada);
- Memulakan pengajian peringkat Asasi/Matrikulasi sebelum 31 Disember tahun penawaran biasa.
Mohon di
Maklumat lanjut di
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.