Diskaun 50% untuk saman semasa kempen Mybayar Saman PDRM
mybayar saman. PDRM memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik bermula 18 Jun 2021 hingga 18 Julai 2021 dengan tawaran diskaun sehingga 50 percent bagi semua sama terpilih
Tawaran ini tidak termasuk kes sama dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama yang dilakukan pada tahun 2021, kesalahan kenderaan berat dan kesalahan berkaitan pengubahsuaian ekzos.
Sepanjang tempoh kempen ini, semua kaunter pembayaran sama akan ditutup bagi mengurangkan penularan jangkitan covid-19 dalam tempoh PKP 3.0 ini.
Gunakan aplikasi mybayar saman atau layari laman web untuk memudahkan urusan.
Secara umumnya, semua saman trafik layak mendapat diskaun sebanyak 50% menerusi Kempen Bayar Saman PDRM kecuali:
- Saman Tidak Patuhi Lampu Merah 2021
- Saman Lorong Kecemasan 2021
- Saman Potong Secara Merbahaya 2021
- Saman Potong di Garisan Berkembar 2021
- Saman Kemalangan
- Saman Dalam Perbicaraan
- Saman Tidak Boleh Kompaun
- Saman Berkaitan Lori
- Saman Berkaitan pengubahsuaian Ekzos
Maklumat berkaitan rujuk di bawah
Cara Pembayaran
Untuk membuat pembayaran, pengguna boleh membuat pembayaran melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman.
i) Pembayaran Melalui Portal
- Layari laman web https://mybayar.rmp.gov.my/.
- Klik butang ‘Daftar.’
- Isi maklumat peribadi dengan betul.
- Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
- Log masuk dengan no. kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
- Butiran saman dipaparkan.
- Klik butang ‘Bayar’ di butiran saman.
- Semak saman yang ingin dibayar.
- Pilih mod pembayaran dan klik butang ‘Bayar.’
- Pembayaran selesai.
Rajah di atas lengkap dengan maklumat dan gambar bagi kesalahan.
ii) Pembayaran Melalui Aplikasi
- Muat turun aplikasi MyBayar Saman di Google Play dan App Store.
- Klik butang ‘Daftar.’
- Isi maklumat peribadi dengan betul.
- Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
- Klik butang ‘Semakan Saman’ di menu utama.
- Butiran dipaparkan.
- Klik butang ‘Bayaran Saman’ di menu utama.
- Pilih saman yang hendak dibayar.
- Pilih mod bayaran.
- Butiran transaksi bayaran dipaparkan.
- Semak sejarah transaksi di paparan aktiviti.
Pertanyaan Lanjut
Orang ramai yang mempunyai pertanyaan mengenai pembayaran saman melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman, sila hubungi Cawangan Pengurusan Saman PDRM di talian 03-2266 3346/47.
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.