Kata Partikel
Perkongsian kali ini melibatkan bahan Bahasa Melayu sesuai untuk peringkat sekolah rendah dan menengah iaitu Kata Partikel
Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.
Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya).
Antara nota dan latihan berkaitan dengan ini adalah Kata Partikel
Kata partikel atau kata penegas berfungsi untuk memberikan penekanan kepada frasa predikat atau bahagian-bahagiannya.
-lah, -tah, dan –kah
Dalam bahasa bertulis, unsur yang ditegaskan atau difokuskan dalam sesuatu ayat harus dikedepankan.
Penulisan kata penegas pun tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.
Sudah ditetapkan bahawa tiga belas (13) patah kata seperti yang berikut ini perlu ditulis serangkai (dicantumkan) dengan kata partikel pun, iaitu:
Kata penegas pun ditulis terpisah daripada perkataan yang mendahuluinya jika pun bermaksud:
- a) juga – Adik pun ingin pergi ke pasar
- b) bahkan – Berjalan pun dia tidak boleh, apatah lagi berlari.
- c) biar -Betapa sukar pun projek itu, dia tetap akan meneruskannya.
- d) menguatkan pokok ayat – Tidak ada seorang pun calon yang gagal dalam peperiksaan itu.
- e) turutan – Selepas itu, pasukan polis pun bertindak.
- f) Penguat kata ganti tak tentu – Sesiapa pun boleh masuk.
Contoh kata penegas lain: jua, juga, sahaja, lagi, memang dan hanya.
Selain itu, terdapat kata penegas yang bebas dari segi kehadirannya dalam ayat. Contoh:
- Adik juga ingin pergi ke Sabah.
- Adik ingin juga pergi ke Sabah
Berikut merupakan bahan
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.