Sejarah Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
Perkongsian kali ini melibatkan bahan Sejarah SPM KSSM sesuai untuk persediaan SPM KSSM iaitu nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
Bermula 2021, format SPM menggunakan format KSSM yang terkini.
Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.
Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya).
Sejarah Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
- Persekutuan ialah gabungan beberapa buah negeri di bawah satu unit pentadbiran.
- Pentadbiran kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada dua, iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
- Pada 25 Julai 1946, Jawatankuasa Kerja ditubuhkan bertujuan membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
- Terdapat golongan yang mencadangkan perlembangan alternatif yang dinamakan Perlembagaan Rakyat.
- Pegawai pemerhati dan Penasihat Undang- undang dalam Jawatankusa Kerja diwujudkan.
Faktor Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
- Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948 setelah Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
- Faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948:
- – Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.
- – Cadangan Raja-raja Melayu dan UMNO.
- – Sokongan pentadbir British.
Ciri-Ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948
- Masa lima bulan diambil oleh Jawatankuasa Kerja bagi menyelesaikan kerja merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
- Raja-raja Melayu, wakil British dan UMNO menghadiri persidangan pembentangan rangka Perjanjian Persekutuan pada 20 November 1946.
- Ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah:
Pentadbiran:
- – Pentadbiran melibatkan gabungan sembilan buah negeri Melayu dan dua buah Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka).
- – Singapura kekal sebagai tanah jajahan British yang berasingan.
- – Seorang Pesuruhjaya Tinggi British mengetuai Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa eksekutif.
Kuasa Raja-raja Melayu
- – Majlis Raja-Raja dibentuk bertujuan membolehkan Raja-raja Melayu memberikan pendapat dalam perkara tertentu.
- – Sultan bertanggungjawab mengesahkan rang undang-undang yang diluluskan
Berikut merupakan nota dan maklumat bagi Sejarah Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
B5 Persekutuan Tanah Melayu T4☀️
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah. Sumber bahan di atas daripada carian google, scribd dan telegram.
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.