Hukum Binaan Rumah Memasuki Tanah Jiran
Ketika dalam proses membina rumah, perkara pertama yang perlu kita ketahui adalah sempadan tanah. Setiap penjuru tanah biasanya ditanam dengan batu sempadan sebagai penanda kepada pemilik tanah. Jika pemilik tanah tidak menjumpai penanda sempadan ini, boleh menggunakan khidmat juruukur untuk mengukur kembali sempadan tanah. Jadi apakah hukum binaan berada di atas tanah jiran
Ini bertujuan supaya kita tidak membina binaan yang melebihi daripada had tanah kita sendiri. Kebiaasannya, masalah ini timbul ketika kita membina pagar tidak kira pagar konkrit atau pagar dawai.
Antara binaan dan perkara yang perlu kita perhatikan dalam membina rumah adalah supaya tidak memasuki tanah jiran adalah
- pagar
- awning zink
- paip air buang
- air hujan yang turun dari atap
- pelbagai lagi
Apakah hukumnya membina binaan melebihi had pemilik tanah
Pastinya kita, sebagai orang muslim haruslah tidak sengaja melakukan kesalahan-kesalahan terutamanya dengan mengambil hak orang lain.
Antara dalil berkaitan adalah :
firman Allah SWT :
وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”.
(Surah al-Baqarah : 188)
Ayat di atas boleh difahami bahawa, janganlah sebahagian daripada kamu memakan (mengambil) harta sebahagian yang lain dengan cara yang batil seperti sumpah yang dusta, merampas, mencuri, rasuah, riba dan lain-lain. Selain itu, janganlah kamu menyampaikan hujah-hujah yang batil kepada hakim bagi tujuan memakan harta segolongan manusia dengan cara yang salah sedangkan kamu tahu perkara itu adalah haram ke atas kamu (melakukannya). [al-Tafsir al-Muyassar, m/s : 29]
Berdasarkan dalil di atas juga adalah jelaslah haram bagi kita mengambil hak orang lain.
Mengambil tanah orang lain juga adalah perbuatan zalim yang banyak terjadi di masyarakat. Mungkin para pelaku perbuatan ini menganggap remeh perkara ini padahal ia dianggap sebagai merampas tanah orang di mana perbuatan itu tergolong dalam dosa besar. Pelakunya juga diancam di akhirat dengan azab yang keras dan pedih.