16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram
Terdapat pelbagai amalan yang boleh dilakukan menjelang 10 Muharram tahun hijrah. Cubalah kita usaha untuk mengerjakan amalan-amalan sunat ini.
1. Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram
Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali (Ap abi la sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu” kita berdoa di dalam hati tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak. Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum.
2. Puasa sunat pada hari 9 Muharram (Tasua’) dan 10 Muharram (Asaura). Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah.
3. Menyapu kepala anak yatim. Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan. Allah akan mengangkat darjat kita.
4. Memberi makan kepada orang yang berpuasa. Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.
5. Mandi sunat. Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.
6. Menziarahi rumah orang alim.
7. Menziarahi orang sakit. Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam
8. Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.
9. Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata
10. Menziarahi kaum keluarga
11. Mengerat kuku
12. Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali. Allah akan memandang dengan belas kasihan.
13. Sembahyang sunat 4 rakaat – 2 salam (2 rakaat x 2). (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala) Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat. Allah akan mengampunkan dosa 50 tahun yang lalu
14. Banyakkan bersedekah. Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700.
15. Beri makan/pakaian kepada fakir miskin. Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga.
16. Berzikir (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala’.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
Nazar
Mungkin lebih baik sekiranya perkongsian agama dapat disertakan dengan dalil2 nya, ataupun sekurang2nya rujukan drpd ianya diperolehi.
Wallahua’alam….
admin
In sha Allah cg..kami sentiasa akan rujuk dari pelbagai sumber yang sah