INTIPATI BAJET 2017 untuk PENJAWAT AWAM
Selesai sudah pembentangan Bajet 2017 oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib. Terdapat beberapa perubahan dan perkara mengenai penjawat awam yang disentuh pada bajet kali ini. Antaranya adalah
1)Cuti belajar dengan gaji penuh dan biasiswa juga diberi kepada kumpulan pelaksana
Tahun 2017, kerajaan memberi ruang kepada kumpulan pelaksana untuk menyambung pelajaran dengan diberikan cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa. Ini menunjukkan komited kerajaan untuk menggalakkan penjawat awam terus belajar dan menambah ilmu.
2)Pemberian cuti kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak 5 hari
Cuti ini merupakan satu usaha kebajikan kerajaan kepada penjawat awam. Pada zaman sekarang, pelbagai penyakit baru mula timbul dan penyakit penyakit tersebut dapat berjangkit kepada orang lain. Maka, betullah dasar kerajaan ini supaya mana-mana penjawat awam yang mempunyai anak yang perlu dikuarantinkan, dibenarkan bercuti untuk memberi tumpuan kepada anak.
3)Kemudahan pembiayaan untuk beli komputer diperluaskan meliputi pembelian smartphone.Had pinjaman sehingga RM5,000 setiap 3 tahun
Kerajaan juga membenarkan penjawat awam membuat pinjaman untuk membeli smartphone dengan kadar pinjaman RM5000 pada setiap 3 tahun. Ini usaha kerajaan untuk memperkasakan ICT di kalangan penjawat awam.
4)Kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan dari RM5,000 kepada RM10,000
Motorsikal sekarang kebanyakannya yang standard tetapi bagus seperti Yamaha LC semuanya berharga Rm 5000 dan ke atas. Maka, betullah dasar kerajaan untuk menaikkan had pinjaman tersebut. Tambahan pula, motorsikal kegunaan guru di pedalaman seperti Kawasaki KLX 150 hampir berharga RM 10 ribu.
5)Kelayakan pinjaman perumahan dinaikkan dari serendah-rendah RM120,000 kepada RM200,000, pinjaman paling tinggi dari RM600,000 ke RM750,000
Harga rumah sekarang semakin mahal dan terus naik. Maka, dengan inisiatif begini diharap dapat membantu penjawat awam yang baru membeli rumah pertama.
6)Sebanyak 30,000 unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dengan harga jualan antara RM90,000 hingga ke RM300,000
PR1Ma juga akan dibina dengan 30 000 unit lagi seluruh Malaysia. Dan harganya boleh dikatakan pada reasonable dengan harga maksimun RM 300 ribu.
7)Pegawai ‘contract of service & contract for service’ yang akan tamat hujung tahun ini, kerajaan lanjutkan sekurang-kurangnya setahun lagi
Dengan suasana kerja yang tidak menentu sekarang ini, amat baguslah sekali kerajaan melanjutkan lagi kontrak bagi pekerja separa awam ini sekurangnya setahun.
8)Satu lapisan gred baru, gred 56 antara gred 54 & JUSA C diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar & pegawai pergigian pakar
Ini merupakan satu penambahbaik bagi perkhidmatan kesihatan dengan wujudnya gred 56 ini. Diharap akan datang, bilangan doktor dan pegawai di bahagian kesihatan turut ditambah.
9)Kerajaan ambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian & farmasi selewat-lewatnya Disember 2016
Bagi mereka dalam perubatan, pergigian dan farmasi, selepas lulus temuduga, mereka dilantik secara kontrak terlebih dahulu dan bukannya lantikan tetap seperti dahulu.
10)Hampir 2,600 doktor yang tidak dapat penempatan housemanship di mana-mana hospital kini boleh jalani housemanship secara kontrak
Syukur kepada graduan perubatan yang masih menganggur. Mereka akan diberi peluang untuk menjalankan housemanship walaupun secara kontrak di mana-mana hospital.
11) Kerajaan memberikan bayaran khas sebanyak RM500 untuk penjawat awam serta pesara kerajaan sebanyak RM250 dan akan dibayar pada awal Januari 2017
Walaupun tiada bonus, namun bersyukurlah dengan imbuhan khas RM500 kepada setiap penjawat awam. Bolehlah digunakan untuk persediaan persekolahan anak-anak nanti.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.
Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]