BORANG TUNTUTAN PERJALANAN
Hebahan kepada penjawat awam. Sekarang tidak perlu isi guna pen lagi, taip sahaja dan hantar borang permohonan claim ini pada setiap hujung bulan untuk menuntuk perbelanjaan perjalanan bagi sesuatu tugas rasmi.
Borang permohonan claim atau tuntutan perjalanan di bawah sini.
Borang Claim Tuntutan Perjalanan
Sedikit panduan kepada mereka yang membuat tuntutan perjalanan ini.
Tuntutan Perjalanan
Seseorang pegawai yang menggunakan kenderaan yang disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur semasa menjalankan tugas rasmi tidak layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan.
Jarak perjalanan rasmi bagi tiap-tiap satu bulan | Kelas (sen/km) | ||||
A | B | C | D | E | |
500 kilometer pertama | 70 | 60 | 50 | 45 | 40 |
501-1,000 km | 65 | 55 | 45 | 40 | 35 |
1,001-1,700 km | 55 | 50 | 40 | 35 | 30 |
1,701 km dan seterusnya | 50 | 45 | 35 | 30 | 25 |
ELAUN MAKAN
Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh 24 jam atau lebih yang dikira mulai dari waktu bertolak adalah layak menuntut Elaun Makan mengikut kadar seperti berikut :-
Gred | Semenanjung Malaysia (RM) | Sabah, Labuan dan Sarawak (RM) |
Utama/Khas ‘A’ dan ke atas | 115.00 | 165.00 |
Utama/Khas ‘B’ dan ‘C’ | 100.00 | 130.00 |
53 dan 54 | 85.00 | 115.00 |
45 hingga 52 | 60.00 | 80.00 |
41 hingga 44 | 45.00 | 65.00 |
17 hingga 40 | 40.00 | 55.00 |
1 hingga 16 | 35.00 | 50.00 |
ELAUN HARIAN
Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar ibu Pejabatnya bagi tempoh melebihi 8 jam tetapi kurang dari 24 jam adalah layak menuntut Elaun Harian.
Perkiraannya adalah : ½ daripada Elaun Makan
Untuk mendapatkan maklumat lanjut. Boleh lihat pada Panduan Tuntutan Perjalanan di bawah.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whatsapp dan telegram.
Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]