LAPORAN POLIS DIBUAT TERHADAP LAPORAN PALSU
Panas. Itulah perkataan yang boleh diceritakan mengenai situasi rentetan daripada viral gambar murid didenda duduk di atas tar kerana hadir lambat ke sekolah.
Selepas daripada kejadian itu, kita boleh lihat penuh dalam media sosial bagaimana netizen mengedit gambar tersebut untuk troll kumpulan murid tersebut. Ada gambar yang duduk di atas red carpet, ada yang duduk dengan berkanopi semua, dan macam-macam lagi.
Yang terkini, berkenaan dengan gambar muka depan Akhbar Metro yang telah digunakan untuk troll kejadian tersebut. Gambar tersebut boleh lihat di bawah.
Pada keratan akhbar ini, ditulis mengenai Sekolah Menengah ini disaman 20 juta dan persekolahannya digantung. Ada orang menganggap perkara ini fitnah. Tetapi kami yakin ramai yang menganggap perkara ini hanyalah mainan dan gurauan semata-mata. Kenapa?
Lihat sudahlah pada tarikh Jumaat 24 Ogos 2022, sekarang baru tahun 2016 bulan Disember. Ini jelas menunjukkan gambar ini diedit untuk kegunaan suka-suka dan troll mengenai situasi terbabit.
Apa yang lebih penting sekarang adalah laporan polis telah dibuat mengenai perkara di atas dan dianggap sebagai fitnah terhadap institusi kerajaan. Boleh rujuk gambar laporan polis di bawah.
Laporan ini dibuat kerana individu tersebut memalsukan muka depan akhbar metro dan mengaitkan institusi Kementerian Pendidikan Malaysia dengan membuat tuduhan palsu.
Diharap agar orang ramai dapat berhati-hati dalam membuat sesuatu takut tersalah langkah mahupun dengan niat bergurau.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.
Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]