FAKTA AIR
Air merupakan keperluan asas hidupan. Setiap sesuatu yang hidup mesti mengandungi air di dalamnya. Kualiti air boleh diperhatikan pada 10 keadaan atau perkara.
- Warna. Air yang berkualiti warnanya mesti jernih.
- Bau. Air yang baik tidak mempunyai bau.
- Tawar dan terasa agak manis. Ini seperti air sungai nil dan furat.
- Berat. Air yang baik adalah lembut dan ringan. Air yang mudah disejukkan dan dipanaskan adalah air yang lebih ringan.
- Lokasi. Air yang baik adalah dari kawasan yang mengalir.
- Sumber. Air yang baik datangnya dari sumber yang dalam.
- Air itu terkena angin dan matahari. Air ini tidak tersembunyi di bawah tanah.
- Gerakan air. Air yang baik mengalir dengan cepat dan pantas.
- Kuantiti. Air yang baik adalah air yang banyak sehingga boleh menghilangkan campuran yang tidak baik.
- Tempat air mengalir. Air yang baik mengalir dari arah utara ke selatan atau barat ke timur.
Air yang tawar amat berkhasit untuk orang yang sakit dan orang yang sihat. Air tawar yang sejuk lebih berkhasiat dan nikmat. Namun begitu terdapat beberapa keadaan air sejuk tersebut untuk diminum selepas beberapa keadaan seperti selepas pengsan, persetubuhan, bangun tidur, selepas keluar dari bilik mandi, selepas makan buah buahan dan diminum terus.
Air sejuk juga boleh mencegah darah menjadi bau serta naiknya bahang perut ke kepala, pada waktu yang sama juga mencegah bau busuk, sesuai dengan sistem penghadaman dan gigi.
Namun begitu, air sejuk juga berbahaya ketika mengalami sakit bengkak, kesejukan, selesema dan boleh menyebabkan sakit gigi. Terlalu banyak minum air sejuk boleh menyebabkan kesakitan pada dada.
Air yang paling baik di dunia ini adalah air zam zam. Sehingga ada hadis menyatakan bahawa khasiatnya air zam zam ini bersesuaian dengan niat peminumnya.Terdapat juga sumber yang menyatakan bahawa air zam zam ini boleh dijadikan makanan kepada orang yang lapar.
Ini boleh diperhatikan pada Sunan Ibni Majah menerusi hadis Jabir bin Abdullah, dari Nabi bahawa baginda S.A.W bersabda :
“Air Zam zam memberi khasiat sesuai dengan niat orang yang meminumnya”.
Mahupun begitu, hadis ini dikatakan sebagai hadis lemah. Wallaualam.
Disebabkan itu, setiap kali ada rombongan pulang dari Mekah yang membawa pulang air zam zam, pastinya orang tua meminta kita bertasbih, berselawat dan membaca Al-Fatihah serta diniatkan dalam hati untuk pelbagai perkara seperti dicerahkan hati untuk mudah belajar, bersifat mahmudah dan pelbagai doa lagi.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.
Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]