UPSR hanya 40% markah untuk ke Sekolah Berasrama Penuh
Pendidikan di Malaysia sekarang benar-benar mengalami perubahan bermula dari 2011 lagi. Paling mengejutkan ialah keputusan UPSR 2016 yang baru dikeluarkan baru-baru ini. Mahupun jauh daripada jangkaan ramai, namun perkara ini perlu dlihat darip aspek positif yang dapat memberikan manfaat kepada sistem pendidikan di Malaysia.
Antara perkara yang turut dibincang selepas UPSR kali ini adalah berkenaan dengan kemasukan ke tingkatan 1 sama ada ke Sekolah Berasrama Penuh, MRSM, SMK Agama dan pelbagai sekolah lagi yang menawarkan tempat di tingkatan 1. Perkara ini boleh diperhatikan pada keratan akhbar berikut. Terdapat pelbagai perubahan untuk kemasukan ke SBP selain dari syarat minimun 3A dan 3B. Antaranya adalah UPSR hanyalah menymbang 40% markah syarat untuk ke SBP.
Berdasarkan keratan akhbat ini, dapat diperhatikan bermula tahun hadapan, kemasukan ke tingkatan 1 sebanyak 60% adalah dari Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Kokurikulum (PAJSK). Untuk maklumat berkenaan dengan PAJSK, boleh rujuk Info PAJSK
Dasar ini pastinya akan membolehkan kebolehan seseorang murid diukur pada pelbagai cabang secara menyeluruh bagi memastikan hanya murid-murid yang benar-benar cemerlang sahaja akan dapat mengisi kekosongan di Sekolah Berasrama Penuh nanti.
Oleh itu, disarankan kepada pihak sekolah untuk memastikan pelbagai program dan aktiviti sama ada peringkat sekolah atau peringkat luar dapat disertai oleh murid-murid demi memastikan mereka diberikan pelbagai pendedahan seterusnya membantu mereka mendapat penilaian yang cemerlang dalam pentaksiran PAJSK khusunya.
Ibubapa pula perlu mengambil kira sudut positif untuk menyokong dan menggalakkan anak-anak menyertai program kelolaan sekolah ataupun pihak luar.
Diharapkan agar dasar baru ini dipandang tinggi dan baik oleh pihak sekolah bagi membantu merangka program untuk kebaikan murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]