Takwim Persekolahan Cuti dan Perayaan 2024
Perkongsian berkenaan dengan takwim persekolah, cuti sekolah, cuti penggal dan cuti sempena perayaan bagi kalendar akademik sesi 2025 dan 2026 (takwim persekolahan 2025)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 akan bermula pada 16 Februari 2025 hingga 10 Januari 2026 bagi sekolah di negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan pada 17 Februari 2025 hingga 11 Januari 2026 bagi sekolah di negeri Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya) seperti dalam Lampiran A dan Lampiran B.
Kementerian juga telah menyelaras tarikh-tarikh cuti perayaan sepanjang tempoh sesi persekolahan 2025/2026 yang melibatkan perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai Dayak dan Hari Krismas. Maklumat terperinci berhubung cuti perayaan bagi sesi persekolahan 2025/2026 adalah seperti dalam Lampiran C. Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh KPM sempena perayaan utama bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali. Peruntukan cuti tambahan berkenaan tidak perlu diganti.
Seperti biasa, terdapat 42 minggu persekolahan yang perlu ditempuhi murid dan pelajar sepanjang sesi 2025/2026.
Berikut merupakan jadual persekolahan.
Takwim kalendar kumpulan A
Takwim kalendar kumpulan B
Cuti Sempena perayaan
Takwim kalendar persekolahan sesi 2025/2026 boleh dapatkan di bawah
Takwim Kalendar Persekolah Sesi 2025 2026
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan