Pada 9 Oktober 2015, kedudukan PEKA (Pentaksiran Kerja Amali Sains) dalam sistem pendidikan di Malaysia telah diputuskan.
Berdasarkan siaran bilangan 3 2015 daripada pihak lembaga peperiksaan, Pentaksiran Kerja Amali Sains ataupun peka tetap diteruskan. Pelaksanaan PEKA ini akan menjadi salah satu instrumen penambahbaikan dalam sistem pentaksiran kebangsaan.
Peka ini juga akan salah satu perkara yang menyokong Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang berdasarkan format terbaru 2016.
Pihak lembaga belum menyatakan sama ada format pelaksanaan peka masih menggunakan soalan dan item yang sama ataupun terdapat format baru yang dikeluarkan oleh pihak lembaga peperiksaan di masa akan datang. Berikut dikongsikan perkara yang berkenaan.
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com ]