Sumber Pendidikan

Menu
  • SPM KSSM
    • Bahasa Inggeris SPM
  • DSKP
  • RPT KSSR KSSM 2021
  • Pelaporan PBD
  • Buku Teks Digital
  • Kertas Ujian
  • kerja kosong
  • Privacy Policy

Berita

Penggunaan Siji Sakit Swasta

admin December 6, 2015

sijil sakit

Penggunaan sijil sakit swasta dan sijil sakit kerajaan adalah berlainan sekali di dalam perkhidmatan pendidikan. Terdapat pelbagai tatacara dan panduan yang perlu dipatuhi oleh pegawai untuk mengelakkan dikenakan pemotongan emolumen ataupun tatatertib.

Berkenaan dengan sijil sakit, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

  1. Sijil cuti sakit hanyalah untuk tempoh 180 hari dalam satu tahun sama ada daripada hospital/klinik kerajaan dan swasta.
  2. 90 hari pertama daripada 180 hari boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan manakala 90 hari seterusnya hendaklah diluluskan oleh Ketua Setiusaha.
  3. Cuti sakit daripada hospital/klinik luar hanyalah 15 hari bagi kategori pesakit luar iaitu pesakit yang tidak perlu diwadkan.
  4. Cuti sakit kepada pesakit kategori pesakit dalam (diwadkan) yang dikeluarkan oleh hospital/klinik swasta tidak perlu tandatangan pegawai perubatan kerajaan jika berjumlah tidak lebih 180 hari.

Perkara seterusnya adalah berkenaan dengan sama ada siji cuti sakit swasta tersebut memerlukan tandatangan timbal daripada pegawai perubatan kerajaan atau tidak.

  1. Situasi A. Jika pegawai dimasukkan di dalam wad hospital swasta dan dirawat diwad melebihi 15 hari, sijil cuti sakit tersebut tidak memerlukan tandatangan timbal kerana menerima rawatan di wad.
  2. Situasi B. Pada satu sijil sakit swasta, pegawai telah diberikan rehat selama 20 hari dan tidak tinggal di wad, maka sijil sakit tersebut memerlukan tandatangan pegawai perubatan kerajaan.
  3. Situasi C. Pegawai telah diberikan 18 hari rehat dalam sijil sakit swasta, di mana dalam sijil tersebut, pegawai telah mendapat rawatan diwad selama 3 hari dan selebihnya sebanyak 15 hari telah berehat di rumah. Pada keadaan ini, sijil sakit tersebut tidak memerlukan tandatangan pegawai perubatan kerajaan kerana belum melebihi 15 hari cuti sakit swasta yang dibenarkan oleh perkhidmatan. 3 hari tersebut tidak dikira kerana dirawat di wad.

Berdasarkan situasi, dapat difahami jika pegawai mendapatkan rawatan di wad di hospital/klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan tidak memerlukan tandatangan timbal daripada pegawai perubatan kerajaan. Tandatangan timbal daripada pegawai perubatan kerajaan hanya diperlukan jika pegawai tersebut hanya berehat di rumah melebih tempoh 15 hari yang dibenarkan.

Jika pegawai tinggal di wad swasta melebihi 180 hari, maka tandatangan timbal daripada pegawai perubatan kerajaan diperlukan.

Untuk maklumat lanjut boleh baca pada pekeliling perkhidmatan bilangan 2 tahun 2006.

 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com ]

 

 

Prev Article
Next Article

Related Articles

Gaji Pekerja Gunting Rambut boleh capai RM 3500. Kalau ikut …

Gaji Pekerja Gunting Rambut boleh capai RM 3500.

Kajian Penetapan Gaji Permulaan Lepasan Universiti Kalau sebut sahaja pasal …

Kajian Penetapan Gaji Permulaan Lepasan Universiti

About The Author

admin

Leave a Reply Cancel Reply

Subscribe channel Sumber Pendidikan

  • RPH SK SMK by ROZAYUS 2024
  • RPH SK SMK by CG GORGEOUS 2024
  • RPH PRASEKOLAH 2024
  • RPH PPKI RENDAH MENENGAH 2024
  • REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR (FAIL RPH) 2024
  • Bahan Lengkap Fail Panitia Mengikut Senarai Semak
  • Penetapan Keberhasilan PBPPP 2021
  • Panduan dan Contoh Evidens Lengkap SKPMg2
  • myPortfolio : Panduan dan bahan berkaitan
  • Koleksi Bahan Bahan Kokurikulum

Popular Posts

  • RPT Pendidikan Seni Visual Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Sains Tahun 1 2026 KSSR Semakan
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Inggeris CEFR Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Melayu Tahun 1 2026 KSSR …
    November 26, 2025 0

Contact Us

Untuk beriklan di web dan telegram, hubungi kami melalui whatsapp di hubungi kami di whatsapp

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com

Penafian

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang sebarang komen yang dibuat oleh pengunjung laman web ini dan kerosakan yang diterima pengguna

Free Porn porn Sex

Sumber Pendidikan

Copyright © 2025 Sumber Pendidikan
Theme by MyThemeShop.com

Ad Blocker Detected

Refresh