Perancangan Strategik Unit Beruniform
Unit beruniform juga mempunyai perancangan strategiknya yang tersendiri.
Perancangan strategik ini biasanya disediakan oleh guru penasihat dan digunakan untuk kegunaan beberapa tahun yang akan datang. Kebiasaannya 4-5 tahun.
Perancangan strategik disediakan setelah mengambil kira kekurangan, kelebihan dan pencapaian murid pada tahun sebelumnya.
Bolehlah dikatakan pelan strategik ini dihasilkan daripada maklumat dan data yang diperolehi daripada guru dan murid.
Perancangan ini akan dihasilkan bagi membolehkah guru menggariskan beberapa kaedah untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid.
Aktiviti dan program yang dihasilkan pula perlulah mampu diikuti oleh murid.
Contoh kelemahan yang boleh ditulis pada pelan strategik adalah seperti :
W1 – Kehadiran murid tidak mencapai 100%
W2 – Murid tidak membawa alatan ( tali nylon dan kain anduh) serta buku log
semasa aktiviti unit beruniform
W3 – Tidak semua guru kompeten dalam melatih murid-murid kemahiran
kemahiran seperti ikatan, pertolongan cemas dan pembinaan gajet.
W4 – Ada murid yang tidak memberi tumpuan atau tidak mahu mencuba
untuk membuat aktiviti dengan bersungguh-sungguh
W5 – Peruntukan kewangan kokurikulum yang terhad
W6 – Padang dikongsi bersama sekolah menengah
W7 – Fasiliti-fasiliti lain dikongsi bersama unit-unit beruniform lain
W8 – Murid tidak memakai uniform lengkap Pengakap
Berikut merupakan pelan strategik bagi unit beruniform.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]