Pelan Pembangunan Profesional PBPPP
Bab pelan pembangunan profesional pbppp meliputi tiga item iaitu matlamat pengajaran dan kepimpinan, cadangan aktiviti penambahbaikan dan penyertaan dalam aktiviti ppb.
Item pertama adalah matlamat pengajaran dan kepimpinan. dalam item pertama ini, guru boleh ceritakan satu persatu secara ringkas ataupun menggunakan nombor.
Ceritalah apa matlamat pengajaran guru yang hendak dicapai pada tahun semasa dan tahun mendatang. Selitkan tov dan pencapaian guru pada tahun semasa dan juga markah keseluruhan murid di akhir tahun pengajaran.
Bagi item kepimpinan pula, guru nyatakan aspek kepimpinan yang hendak dicapai sama ada melalui panitia atau beberapa tugasan di mana guru adalah ketua.
Item kedua adalah cadangan aktiviti penambahbaikan. Guru boleh nyatakan cadangan pelbagai aspek penambahbaikan sama ada melalui pernyataan masalah yang dinyatakan sendiri beserta dengan penyelesaian, penggunaan bahan dan guru boleh nyatakan kursus yang ingin diikuti guru bagi meningkatkan kompetensi guru dan kenapa guru memilih kursus tersebut.
Item terakhir adalah mengenai penyertaan dalam aktiviti ppb. Dalam item ini, guru tulis apakah ladap dan kursus yang diberikan oleh guru, dan juga yang disertai oleh guru.
Bengkel semakan kertas, pembinaan item soalan itu semua juga boleh diselitkan di dalam sini. Jika guru ada menghasilkan inovasi juga boleh diselitkan di sini.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]