100 Aktiviti Permainan Minda (Murid Islam)
Dalam melaksanakana program seperti kem ataupun perkhemahan, antara slot yang pasti disediakan oleh penganjur adalah slot untuk permainan minda.
Salah satu sebab kenapa slot permainan minda diwujudkan adalah untuk menggalakkan murid-murid berfikir di luar kotak. Tambahan pula, aktiviti permainan minda ini sangat menyeronokkan dan melibatkan pergerakan murid.
Perkongsian ini lebih melibatkan murid-murid atau pesertanya yang merupakan seorang muslim. Antara contoh aktiviti yang terdapat dalam perkongsian kali ini adalah….
Dayung.. dayung.. dayung sampan
Mak, abah dan 2 orang anaknya hendak menyeberangi sebatang sungai, dan mereka menjumpai sebuah sampan. sampan itu kecil sahaja dan hanya boleh memuatkan seoarng dewasa atau 2 orang kanak-kanak pada satu-satu masa. kedua-dua kanak kanak itu pandai mendayung sampan, tetapi bagaimanakah seluruh ahli keluarga berkenaan dapat menyeberangi sungai?
Jawapan
Kedua-dua kanak-kanak menyeberang dahulu. Seorang kanak-kanak patah balik. Seorang dewasa pergi kesebenrang dan kanak-kanak patah balik. Kedua-dua kanak kanak menyeberangi semula, dan seorang berpatah balik. Seorang lagi orang dewasa menyeberang dan seorang kanak-kanak berpatah balik. Kedua-dua kanak-kanak menyeberangi semula.
Tangan yang merosakkan
Objektif:
Menunjukkan kebanyakan kerosakan yang berlaku kepada dunia sekarang bukanlah terjadi tanpa disengajakan tetapi adalah hasil dari tangan-tangan manusia yang merosakkan.
Material: Terjemahan Al-Qur’an, Video ’Global Warming…’
Perlaksanaan:
1. Para peserta dipertontonkan sebuah video yang sangat menyentuh perasaan bertajuk ’Global Warming…’.
2. Fasilitator meminta peserta memberi komen apa yang boleh dipelajari dari video yang telah dipertontonkan.
3. Tanya kepada peserta ”Tahukah anda Islam telah memberi amaran tentang Global Warming 1400 tahun lebih awal.” Minta peserta meneka.
4. Minta peserta buka terjemahan al-Qur’an dan baca Surah Al-Rum Ayat 41. Apakah contoh bencana di darat dan di laut yang manusia lakukan? Adakah kesannya kita rasai sekarang? Apakah yang akan terjadi jika sesuatu tidak dilakukan?
Kesimpulan:
Kita yang merasai akibat akibat perbuatan kita sendiri. Jadi kita jugalah yang
bertanggunjawab dalam memelihara dan memulihara bumi ini. Sesungguhnya amanah Allah
kepada kita sebagai khalifah Allah untuk mentadbir bumi ini akan kembali dipersoal oleh Allah
Berikut merupakan perkongsian 100 aktiviti permainan minda.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]