Panduan E-filing guru
Dah hampir penghujugn april, masih ada ke yang belum selesai menghantar borang penyata pendapatan secara online melalui laman web lembaga hasil dalam negeri.
Jika belum, pastikan hantar sebelum 30 April 2017 untuk mengemaskini pendapatan dan pelepasan cukai bagi tahun taksiran 2016.
Walau berapa banyak pun pelepasan dan rebat yang anda tulis, tolong pastikan yang segala resit dan bukti pembelian ada disimpan oleh anda. Ini kerana, pihak LHDN dapat memanggil anda dan meminta rekod selama 7 tahun terkebelakang.
Panduan kepada guru, pelepasan untuk buku adalah sebanyak rm1000. Seorang guru boleh mencapai rm1000 ini dengan menyimpan resit yang digunakan untuk membeli buku dan segala kelengkapan mengajar.
RM300 untuk kelengkapan sukan juga mudah dicapai oleh guru. Jika tidak aktif bersukan, belilah kasut untuk dihadiahkan kepada orang dan simpan rekod dan bukti pembelian tersebut.
Zakat TIDAK TERHAD. Contoh: Jika anda dikenakan cukai RM1000, maka bayarlah zakat RM1000 atau lebih. Maka, tak perlu bayar cukai sesen pun!
Derma TERHAD kepada 7% dari pendapatan Pastikan resit derma tertulis PELEPASAN CUKA I. Derma di mana? Derma pada siapa? Pada NGO NGO berdaftar. Boleh mohon melalui email statement untuk pengecualian cukai. Contoh NGO berdaftar: HOPE (homeless people), NKF (National Kidney Foundation pusat-pusat dialisis satu Malaysia), Budimas (anak-anak yatim), WWF (program alam sekitar), UNICEF (pendidikan anak-anak miskin).
Tahun 2016 ada DUA pelepasan baharu: PARENTAL CARE & contribution Parental care adalah sumbangan kepada mak ayah. Maksimum RM 3000. Maka jika anda ada 4 orang adik-beradik, boleh bahagi sama banyak dan masukkan RM750 seorang dalam efiling.
TOLAKAN LAIN: Yuran lnsurans/Takaful. Buku/Majalah. Peralatan sukan. Laptop (setiap tiga tahun).
Panduan ringkas e-filing ini disediakan oleh cg norazian. Jutaan terima kasih kepada guru kerana sudi berkongsi panduan ringkas ini.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
Pendidik2u
terima kasih atas tunjuk ajar 🙂