Kamus Dewan Edisi Keempat
Dalam pengajaran dan pembelajaran ataupun penmbelajaran dan pemudahcaraan, kamus memainkan peranan yang penting dalam mata pelajaran bahasa melayu.
Dalam pendidikan sekarang, murid akan berjumpa dengan pelbagai perkataan yang jarang mereka dengar dan gunakan dalam kehidupan seharian.
Perkataan-perkataan ini juga kadang kala memerlukan guru membuat rujukan pada kamus untuk mendapatkan maklumat dan makna yang sebetulnya terhadap sesuatu perkataan itu.
Kamus ini mengandungi 2683 muka surat yang mengandungi pelbagai maksud dan makna perkataan. Sangat bermaklumat untuk dijadikan rujukan dan panduan guru mencari maksud sesuatu perkataan.
Contoh yang terdapat dalam kamus ini
a I huruf pertama abjad Rumi.
a II 1. sr utk melahirkan kegirangan atau menyatakan persetujuan: itu dia, ~, macam itulah caranya!; 2. sr utk menunjukkan terlupa akan sesuatu: nama bukunya … ~, nanti saya cuba ingatkan!
AA kep Asia-Afrika.
AB kep anggaran belanja.
aba I = aba-aba Id kata(-kata) perintah dlm latihan tentera (senaman) dll: “Satu …,” ~ Wit dr kerusinya.
aba II; ~-daba hama, kuman.
abad jangka masa seratus tahun (atau satu drpd jangka masa seratus tahun yg berurutan yg dimulai dgn kejadian yg terpenting, iaitu Hijrah Nabi Muhammad SAW bagi Tahun Hijrah atau kelahiran Nabi Isa bagi Tahun Masihi), kurun: dlm ~ ke-15 tarikh Masihi (~ ke-9 tarikh Hijrah) Melaka berkuasa di Asia Tenggara; beberapa ~ yg lampau beberapa ratus tahun yg lalu; ~ kedua puluh jangka masa dr tahun 1901 hingga ke tahun 2000; ~ emas zaman sesuatu bangsa atau negara mencapai puncak kejayaan, zaman kegemilangan (gemilang); ~ pertengahan = ~ tengah zaman dlm sejarah Eropah antara zaman purbakala dan zaman baru (meliputi jangka masa antara kira-kira tahun 476 hingga 1453M); ~ al-abid kekal selama-lamanya;berabad-abad beratus-ratus tahun; sudah ~ lamanya sudah beratus-ratus tahun
Berikut merupakan kamus dewan edisi keempat untuk kegunaan guru.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]