Realiti Guru di Borneo pula berbelanja hampir enam ribu untuk pulang beraya
Alhamdulillah, terima kasih kepada Menteri Pendidikan kerana melalui pimpinan beliau sesi persekolahan bagi kumpulan B mendapat cuti ganti sempena raya pada jumaat 23 Jun 2017. Cuti tersebut pastinya dapat memudahkan pergerakan warga kota yang mahu bergerak pulang ke kampung.
Bagi guru atau mereka yang sudah membeli tiket penerbangan, pastinya cuti ini tidak akan sangat-sangat diraikan memandangkan tiket tidak dapat ditukar dan jika ingin membeli tiket baru, pastinya harganya akan melambung mencecah ribuan ringgit.
Bagi mereka yang belum membeli tiket, dan ingin membeli tiket pada hari khamis 22 Jun 2017 selepas waktu persekolahan dan pejabat, harganya juga pastinya melambung tinggi sehingga kadang-kala harga tidak masuk akal. Tetapi, begitulah sistem manusia mengaut untung atas keperluan orang lain.
Atas perkongsian orang ramai, terdapat rakan guru yang perlu berbelanja hampir RM 6 ribu untuk pulang ke kampung menyambut hari raya aidilfitri bersama keluarga di kampung.
Difahamkan, cikgu tersebut bersama isteri dan seorang anak yang berusia lebih 2 tahun membuat tempahan tiket dari Bintulu Sarawak ke Kuala Lumpur dan dari Kuala Lumpur ke Bintulu Sarawak.
Rujuk gambar di bawah..
Pada gambar di atas, guru tersebut memerlukan RM 5700 untuk pulang ke kampung berhari raya bersama orang tua. Ini baru sahaja kos tiket penerbangan dan belum termasuk kos darat seperti kos makan minum, perjalanan ke airport dan dari airport dan pelbagai kos sampingan lagi.
Bayangkan jika guru ini hendak pulang ke Kelantan atau Terengganu, pastinya akan memerlukan tiket penerbangan yang lain dari Kuala Lumpur untuk ke pantai timur.
Rm 5700 ini pastinya akan menghabiskan gaji lebih sebulan dan pastinya jika terpaksa juga membeli tiket, begitu besar perbelanjaan yang perlu dikeluarkan oleh keluarga ini. Atas sebab inilah ramai guru yang mahu cepat-cepat bertukar stesen dari borneo ke semenanjung bagi meringankan perbelanjaan. Bayangkan banyak perkara yang boleh dilakukan oleh guru di semenanjung dengan wang 6 ribu ini.
Tetapi, bagi guru di borneo, duit gaji pastinya perlu disimpan sedikit untuk keperluan membeli tiket. Dan ingatlah juga, gaji guru di borneo ini sedikit sahaja bezanya dengan gaji guru di semenanjung. Sila tukar mentaliti yang mengatakan gaji guru di borneo bergaji besar seolah-olah berbeza RM 10 ribu dengan guru semenanjung.
Kerajaan juga pandai pandailah segerakan memberikan waran penerbangan kepada guru di borneo bagi meringankan beban membeli tiket penerbangan. Hanya yang merasa tahu peritnya. Inilah realiti guru sebenar di borneo.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
VTO
Amboi…semua kakitangan kerajaan yg brtugas di Borneo sama la. Bkn guru je..
paknek
Staf kerajaan dr borneo disemenanjung pun perlu pindah segera..adik saya kerja polis dah 14 tak dpt pindah ke kuching..