Sumber Pendidikan

Menu
  • SPM KSSM
    • Bahasa Inggeris SPM
  • DSKP
  • RPT KSSR KSSM 2021
  • Pelaporan PBD
  • Buku Teks Digital
  • Kertas Ujian
  • kerja kosong
  • Privacy Policy

Berita

Makanan Penyebab Kanser yang perlu dielakkan

admin June 13, 2017

Makanan Penyebab Kanser

Di dalam bulan Ramadhan ini, warga Malaysia dikejutkan dengan beberapa kematian yang berpunca daripada sakit kanser. Admin sendiri pun terkejut kerana sebelum bermulanya puasa, ada mendapat perkhabaran bahawa rakan admin baru sahaja mengidap kanser. Hampir menitis mata admin mendengar khabar daripada rakan tersebut. Sama-samalah doakan agar rakan admin yang masih muda tersebut diberikan kemudahan dan kesenangan dan juga kesembuhan daripada penyakit tersebut.

Berdasarkan pembacaan, terdapat beberapa makanan yang perlu dielakkan kerana terdapat kajian walaupun kajian tersebut tidak 100% tepat, yang menyatakan terdapat makanan yang boleh menjadi penyebab atau punca kepada kanser.

Antara makanan tersebut adalah…

1)Microwave Popcorn. Ini bertih jagung yang biasa kita jumpa dekat pasaraya ataupun yang dijual di panggung wayang. Tetapi, kajian menyatakan paper bag yang mengandungi popcorn sahaja yang mempunyai bahan karsinogen yang menjadi punca kanser paru-paru. Walaupun dikatakan jagung organik tidak menjadi punca kanser, namun ada pula kajian yang menyatakan butter/mentega yang digunakan mengandungi diacetyl yang merupakan toksik kepada manusia.

2)Tomato yang ditinkan. Makanan bertin ini mempunyai bahan kimia dipanggil bisphenol-A /BPA yang merupakan bahan yang dapat meningkatkan risiko terkena kanser payu dara, prostat, keguguran awal dan diabetes. Dan yang paling berbahaya adalah tomato dalam tin kerana keasidan yang tinggi.

3)Ikan salmon yang diternak di Amerika. Kajian menyatakan bahawa ikan ini mempunyai kandungan PCBs, merkuri dan dioxin yang merupakan bahan kimia penyebab kanser. Oleh itu, jika terasa nak makan ikan salmon seperti di sushi king, boleh rujuk dahulu dari mana datangnya ikan ini. Kalau dari laut, semestinya sangat bagus.

4)Hydrogenated Oil. Ini adalah minyak dengan asid lemak-trans yang secara kimianya ditukar dari cecair kepada pepejal. Biasanya minyak sebegini banyak digunakan dalam kek, biskut, pie dan makanan yang dibakar dalam oven.

5)Daging merah dan daging yang diproses. Patty burger, sosej, loaf, daging slice dan seangkatan dengannya mengandungi pelbagai bahan kimia dan pengawet termasuk sodium nitrates yang menampakkan seakan fresh tetapi sebenarnya karsinogen. Kajian ii sendiri dilakukan oleh WHO di mana daging merah seperti daging lembu yang dijadikan burger, jika diamalkan boleh meningkatkan risiko 17% terkena kanser.

6)Roti ???.. Ya..roti..based pada kajian dari Environmental Working Group di mana makanan yang dibuat daripada oven yang dicampur dengan potassium bromate untuk membantu roti tersebut menjadi kembang dan putih. Di kesatuan eropah, UK, Kanada Brazil sudah melarang penggunaan potassium bromate ini. Potassium Bromate ini digunakan sebagai salah satu bahan membuat tepung. Cek dahulu sebelum membeli tepung.

7) Gula…Ketumbuhan menggunakan gula sebagai salah satu sumber untuk meningkatkan saiz tumor tersebut.

8) Alkohol…Minuman beralkohol seperti arak yang diminum berlebihan menyebabkan pelbagai kanser di mulut, hati, usus, payu dara dan pelbagai lagi.

9)Minuman soda dan berkarbonat…rentetan daripada gula yang daripada jenis high fructose corn syrup HFCS iaitu sirap jagung yang mengandungi fruktosa yang tinggi. Tidak dapat dipastikan bagaiman pula dengan gula dari tebu. Tetapi gula dari jagung ini sememangnya merbahaya dan banyak digunakan di amerika dan eropah.

10)GMO Genetically Modified Foods iaitu makanan dimana tanaman tersebut diubahsuai secara genetik seperti banyak sayuran sepeti jagung dan soya. Namun begitu, masih menjadi perbahasan.

Diharapka agar kita sama -sama dapat menjaga pemakanan kita sendiri, orang di bawah jagaan kita dan orang yang kita sayang supaya hidup ini lebih ceria.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada guru.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Prev Article
Next Article

Related Articles

tablet 2017
SEMUA GURU BAKAL MENERIMA TABLET PADA TAHUN 2017 Alhamdulillah, syukur, …

Semua guru bakal menerima tablet 2017

crk
PEKELILING CUTI REHAT KHAS (CRK) Cuti rehat khas (crk) merupakan …

Pekeliling Cuti Rehat Khas (crk)

About The Author

admin

Leave a Reply Cancel Reply

Subscribe channel Sumber Pendidikan

  • RPH SK SMK by ROZAYUS 2024
  • RPH SK SMK by CG GORGEOUS 2024
  • RPH PRASEKOLAH 2024
  • RPH PPKI RENDAH MENENGAH 2024
  • REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR (FAIL RPH) 2024
  • Bahan Lengkap Fail Panitia Mengikut Senarai Semak
  • Penetapan Keberhasilan PBPPP 2021
  • Panduan dan Contoh Evidens Lengkap SKPMg2
  • myPortfolio : Panduan dan bahan berkaitan
  • Koleksi Bahan Bahan Kokurikulum

Popular Posts

  • RPT Pendidikan Seni Visual Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Sains Tahun 1 2026 KSSR Semakan
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Inggeris CEFR Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Melayu Tahun 1 2026 KSSR …
    November 26, 2025 0

Contact Us

Untuk beriklan di web dan telegram, hubungi kami melalui whatsapp di hubungi kami di whatsapp

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com

Penafian

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang sebarang komen yang dibuat oleh pengunjung laman web ini dan kerosakan yang diterima pengguna

Free Porn porn Sex

Sumber Pendidikan

Copyright © 2025 Sumber Pendidikan
Theme by MyThemeShop.com

Ad Blocker Detected

Refresh