Tips nak tacke Bahasa Inggeris Penulisan UPSR Section A
Kertas Bahasa Inggeris Penulisan UPSR merupakan kertas peperiksaan yang baru diperkenalkan bermula tahun 2016. Kertas ini mengutamakan kemahiran membina ayat dan menulis karangan dalam Bahasa Inggeris.
Kertas peperiksann ini boleh dikatakan antara killer subject dalam peperiksaan yang lalu kerana ramai murid yang mendapat 5A 1B di mana B tersebut diperolehi daripada kertas peperiksaan Bahasa Inggeris Penulisan ini.
Perkongsian ini merupakan perkongsian yang dikongsi oleh guru dari negeri terengganu untuk project out reach bagi tahun 2017.
Berikut merupakan beberapa tips untuk tackle bahasa inggeris penulisan Upsr bagi section A.
Untuk bahagian A, apa yang perlu dikuasai oleh murid adalah kemahiran memindahkan maklumat daripada pelbagai bahan rangsangan (jenis teks) kepada jenis teks yang lain. Soalan ini boleh datang dalam bentuk peta minda ithink dan murid perlu memindahkan maklumat tersebut ke dalam bentuk teks atau ayat.
Bagi peperiksaan yang 2016 yang lalu, rata-rata murid dapat skor pada bahagian ini kerana pemindahan maklumat agak mudah dan senang. Murid tidak perlu mengubah grammar atau ejaan daripada maklumat yang diberi kepada bentuk teks karangan. Rata -rata murid cemerlang dan sederhana dapat memperolehi markah penuh iaitu 10 markah.
Berbalik kepada tips bahagian A ini, murid perlu memindahkan maklumat daripada linear text (teks sahaja) kepada non-linear text (teks bercampur elemen visual) atau sebaliknya. Linear teks merujuk kepada surat, emel, karangan, dialog, sajak, nota, mesej, itineri perlancongan dan sebagainya.
Manakala, untuk bahan bukan linear text merujuk kepada carta, graf, rajah, jadual, gambar, label, brosur, iklan, jadual waktu dan pelbagai lagi unsur visual.
Berikut merupakan bahan berkenaan cara nak tackle section A untuk bahasa inggeris penulisan ini. Kongsikan kepada rakan guru bahasa inggeris anda.
Tips Tackle Section A BI Penulisan UPSR
Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama rakan guru dan murid murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]