Modul Pecutan Akademik UPSR Matematik
Menjadi kebiasaan kepada guru untuk memberikan kepada murid pelbagai latihan matematik sebelum bermulanya peperiksaan. Untuk menguasai matematik, murid sememangnya perlu menjawab pelbagai soalan matematik untuk mengasah kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah yang pelbagai.
Modul pecutan akademik ini merupakan modul upsr yang telah dikeluarkan dari JPN kelantan. Semoga modul ini dapat memberikan kepelbagain latihan kepada murid sebelum menempuh peperiksaan sebenar.
Modul Pecutan Akademik ini diharapkan dapat menjadi panduan dan bimbingan kepada para guru dan para pelajar dalam membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.
Berikut merupakan contoh soalan matematik yang terdapat dalam modul ini.
Nabila ada sejumlah wang. Dia menggunakan wang itu untuk membeli sebiji kek itu dan bakinya RM 5.80. Berapakah jumlah wang yang dia ada sebelum membeli kek itu?
Rajah 4 ialah sebuah carta pai yang menunjukkan peratusan murid mengikut kaum di sebuah sekolah. Jumlah murid di sekolah itu orang. Peratusan bagi kaum Murut tidak ditunjukkan.
Ahmad, Balan dan Chong mengumpulkan 490 keping setem luar negara sempena kempen mengumpul setem luar negara. Ahmad mengumpul 150 keping setem. Balan mengumpul bilangan setem yang sama banyak seperti Chong.
Jasni, Kim dan Logan mengumpul 540 tin minuman dalam satu kempen kitar semula. Jasni mengumpul 270 tin minuman. Kim mengumpul bilangan tin minuman yang sama banyak seperti Logan. Berapakah bilangan tin minuman yang dikumpul oleh Kim?
Basri menuangkan 3.9 l air kedalam bekas itu. Kemudian Susan menuangkan 1160 ml air ke dalam bekas itu. Berapakah isi padu, dalam ml, air yang perlu diisi lagi supaya bekas itu penuh?
Berikut merupakan modul pecutan UPSR bagi mata pelajaran matematik.
Modul Pecutan Akademik UPSR Matematik
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]