Kertas Sains UPSR 2015
Menjadi kebiasaan guru yang akan meminta murid untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan yang sebenar bagi tahun yang lepas lepas. Ini bagi membiasakan murid dengan bentuk dan format soalan dari peperiksaan yang lama. Tambahan pula, mana tahu menjadi rezeki murid untuk menjawab soalan yang lebih kurang sama pada tahun semasa peperiksaan.
Perkongsian ini merupakan untuk soalan kertas sains UPSR 2015. Masih menggunakan format lama iaitu bahagian A 30 soalan dan bahagian B 20 markah. Namun, aras dan tahap kesukaran soalan boleh dikatakan yang tahun 2015 merupakan soalan sains yang agak sukar.
Berikut merupakan contoh soalan sains 2015.
Rajah menunjukkan satu penyiasatan tentang daya geseran menggunakan sepaket guli yang diletakkan di atas tiga jenis kasut. Kasut itu kemudiannya ditarik pada jarak lima meter. Apakah kesimpulan boleh dibuat?
Apakah yang akan berlaku kepada kelawar jika gerhana matahari penuh terus berlaku selama satu jam.
Seorang petani mula menanam padi pada bulan Disember dan padi itu boleh dituai empat bulan kemudian. Apakah buruj yang boleh digunakan sebagai panduan untuk menuai padi itu?
Unggun api mewakili matahari dan anggota pengakap mewakili planet-planet dalam sistem suria. Antara planet yang berikut, yang manakah diwakili dengan betul oleh anggota pengakap?
Jika mereka ingin berkomunikasi daru satu khemah ke khemah lain, apakah objek yang paling baik diperlukan untuk mencipta alat komunikasi tersebut?
Berikut merupakan soalan peperiksaan sebenar kertas sains upsr 2015. Kongsikan kepada rakan anda.
Kertas Sains UPSR 2015 Bahagian A
Kertas Sains UPSR 2015 Bahagian B
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com