Percubaan SPM Perdagangan Kedah 2017
Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM merupakan satu penilaian yang diadakan di penghujung waktu pendidikan murid di peringkat menengah. SPM ini boleh dikatakan sebagai tiket emas kepada pelajar untuk memasuki pelbagai aliran dan pusat pendidikan pengajian tinggi.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Tidak ketinggalan juga kepada ibubapa dan murid itu sendiri yang dapat mencetak sendiri soalan yang diperolehi daripada pelbagai sumber sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan spm nanti.
Antara contoh soalan adalah seperti
Puan Laili adalah pengusaha belacan di Tanjung Dawai, Kedah. Beliau telah menerima tempahan daripada Encik Suharto seorang pengimport dari Jakarta, Indonesia yang memesan 300 dozen belacan gred A dan 400 dozen belacan gred B.
Puan Sumathi baru mengeluarkan wang simpanan KWSP berjumlah RM 100,000. Beliau sedang memikirkan sama ada ingin membeli syer biasa atau syer keutamaan. Puan Sumathi tidak berhasrat untuk mempunyai hak mengundi semasa Mesyuarat Agung Tahunan syarikat.
Encik Hassan ialah seorang pengeksport dari Sabah. Beliau ingin menghantar 1000 tan metrik papan lapis ke Jepun.Pada pendapat anda, apakah jenis pengangkutan yang sesuai digunakan oleh Encik Hassan.
Murid tingkatan 5 Melor ingin membuka gerai jualan pada hari tersebut. Cadangkan tiga media pengiklanan yang sesuai digunakan untuk memberitahu produk mereka akan dipasarkan dalam masa dua hari lagi di situ.
Berikut merupakan soalan percubaan SPM Perdagangan Kedah 2017.
Semoga bermanfaat kepada guru dan calon peperiksaan.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com