Percubaan SPM Bahasa Melayu Sarawak 2017
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Tidak ketinggalan juga kepada ibubapa dan murid itu sendiri yang dapat mencetak sendiri soalan yang diperolehi daripada pelbagai sumber sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan spm nanti.
Antara contoh soalan dalam kertas ini adalah seperti :
Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada langkah- langkah mengelakkan keracunan makanan di sekolah. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah mengelakkan keracunan makanan di sekolah. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Menjadi pelajar cemerlang impian bagi setiap pelajar di Malaysia. Berikan pendapat anda tentang cara-cara untuk menjadi pelajar cemerlang dalam pelbagai aspek.
Budaya menabung dalam kalangan anak-anak perlulah bermula dari rumah. Tuliskan sebuah syarahan yang bertajuk “Peranan Ahli Keluarga Memupuk Amalan Menabung dalam kalangan Anak-anak”.
Malaysia terkenal dengan keunikan dan keistimewaan yang mampu menarik kedatangan pelancong tempatan dan pelancong asing. Huraikan keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.
Kegiatan jenayah yang membabitkan pemerdagangan manusia kini menjadi isu sejagat. Bincangkan kerjasama antara Malaysia dengan negara jiran untuk menangani masalah tersebut.
Berikut merupakan kertas soalan percubaan spm bahasa melayu sarawak 2017.
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com