Percubaan SPM Matematik Kelantan 2016
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Tidak ketinggalan juga kepada ibubapa dan murid itu sendiri yang dapat mencetak sendiri soalan yang diperolehi daripada pelbagai sumber sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan spm nanti. Antara contoh soalan
Sebuah kapal terbang berlepas dari P dan terbang ke arah timur ke Q di sepanjang selarian latitud sepunya. Kemudia, kapa terbang itu terbang arah selatan ke L. Laju purata bagi keseluruhan penerbangan ialan 520 knot. Hitung jumlah masa dalam jam yang diambil bagi keseluruhan penerbangan itu.
Bagi dua pakej alat tulis itu, harga setiap botol cecair pembetulan adalah sama begitu juga dengan harga setiap pen. Dengan penggunaan kaedah matriks, hitung harga dalam RM bagi sebotol cecair pembetulan dan harga sebatang pen.
Rajah menunjukkan empat cawan serupa yang bernombor 1 hingga 4 disusun rapat satu sama lain dan papan bulat yang dibahagi kepada empat sektor yang sama P Q R dan S. Sebatang pelekat dilekatkan di tengah tengah papan itu.
Beriktu soalan percubaan SPM matematik kelantan 2016.
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]