Persediaan Bahasa Melayu SPM
SPM Sijil Pelajaran Malaysia merupakan peperiksaan yang sangat penting di peringkat sekolah di Malaysia. Setelah 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah, SPM lah yang akan menentukan hala tuju setiap pelajar dalam mengejar kerjaya.
Untuk SPM sahaja, terdapat pelbagai kertas peperiksaan yang perlu diduduki oleh pelajar mengikut aliran yang dipilih oleh mereka. Bahan bahan persediaan peperiksaan juga pelbagai dan mudah diperolehi oleh pelajar daripada pelbagai sumber.
Dalam mengoptimunkan penggunaan pelbagai bahan tersebut, pelajar sendiri perlu mempunyai kaedah atau cara belajar yang lebih berkesan supaya input pelajar lebih maksimun. Berikut merupakan beberapa tips belajar iaitu elakkan suasana yang bising, banyak gangguan, tidak selesa dan sebagainya yang pastinya mengganggu tumpuan pelajar.
Mahupun bahan dari luar mudah diperolehi, namun jangan abaikan tugasan diberikan oleh guru. Setiap hari persekolahan, peruntukan sekurang-kurangnya 2 jam untuk mengulangkaji pelajaran di samping menyelesaikan kerja-kerja yang diberikan oleh guru. Pada waktu cuti, 4 hingga 5 jam adalah memadai untuk menelaah pada waktu yang sesuai, iaitu pada waktu pagi dan malam.
Elakkan membazir masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Pembaziran masa dengan perkara-perkara yang tidak ada hubungan dengan memperkukuhkan mutu pembelajaran baik secara formal atau informal haruslah dielakkan.
Pembelajaran di sekolah merupakan sumber yang penting serta yang paling baik untuk seseorang pelajar menghadapi pelajarannya, dan segala penumpuan yang maksimun haruslah diberikan serta tidak patut berlaku kecuaian, leka, nakal ketika berada di sekolah. Teknik pembacaan yang baik ialah pembacaan yang menyeluruh bagi pusingan yang pertama. Isi dan istilah-istilah yang penting digariskan. Kalau perlu isi yang digariskan itu dicatat sebagai nota pendek atau ringkas.
In sha Allah berguna kepada rakan guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]