DSKP KSSM
Pada peringkat sekolah menengah, bermula 2017, kbsm akan digantikan dengan kssm secara berperingkat. Oleh itu, pada tahun 2022, tingkatan 1, tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 4 serta 5 akan berada di bawah kssm yang menggunakan dskp sebagai panduan pdpc.
Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang memperincikan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara kontekstual, dan pembelajaran secara konstruktivisme.
Terdapat beberapa perkara iaitu 3 kandungan standard utama dalam dskp ini iaitu standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi.
Standard kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalma suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Standard prestasi pula merupakan satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap tahap penguasan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai.
DSKP iaitu dokumen standard kurikulum dan pentaksiran merupakan salah satu bahan utama yang perlu disediakan oleh para guru menjelang bermulanya sesi persekolahan di awal setiap tahun.
Penyusunan Organisasi Kandungan DSKP ini dapat membantu guru merancang dan melaksanakan PdP secara berkesan. Aktiviti yang dirancang mestilah berpusatkan murid, aktif dan memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna dalam usaha melahirkan murid cinta akan negara serta mempunyai minat yang mendalam terhadap mata pelajaran.
Guru juga digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun, mengolah dan mempelbagai aktiviti mengikut kesesuaian murid. Guru diharapkan dapat menghayati dan melaksanakan hasrat yang terkandung dalam kurikulum Sejarah KSSR (Semakan 2017) agar matlamat dan objektif yang telah ditetapkan tercapai.
Setiap tajuk yang terdapat dalam SK diterjemahkan dalam SP. Murid perlu menguasai SP bagi menentukan TP. Manakala SPi pula mengandungi TP yang perlu murid pamerkan sebagai petunjuk prestasi bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai. Setiap tajuk dalam SK diterjemahkan dalam SP yang berdasarkan peruntukan masa minimum jam setahun. Pelaksanaan bagi mata pelajaran Sejarah adalah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas yang berkuatkuasa sekarang.
Beriktu merupakan dokumen standard kurikulum dan prestasi dskp bagi tingkatan 1, tingkatan 2, tingkatan 3 tingkatan 4, dan tingkatan 5 yang menggunakan KSSM.
Koleksi DSKP KSSM Mata Pelajaran Vokasional MPV Tingkatan 4 dan 5
Terima kasih.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]