DSKP KSSR Semakan
DSKP iaitu dokumen standard kurikulum dan pentaksiran merupakan salah satu bahan utama yang perlu disediakan oleh para guru menjelang bermulanya sesi persekolahan di awal setiap tahun.
Penyusunan Organisasi Kandungan DSKP ini dapat membantu guru merancang dan melaksanakan PdP secara berkesan. Aktiviti yang dirancang mestilah berpusatkan murid, aktif dan memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna dalam usaha melahirkan murid cinta akan negara serta mempunyai minat yang mendalam terhadap mata pelajaran.
Guru juga digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun, mengolah dan mempelbagai aktiviti mengikut kesesuaian murid. Guru diharapkan dapat menghayati dan melaksanakan hasrat yang terkandung dalam kurikulum Sejarah KSSR (Semakan 2017) agar matlamat dan objektif yang telah ditetapkan tercapai.
Setiap tajuk yang terdapat dalam SK diterjemahkan dalam SP. Murid perlu menguasai SP bagi menentukan TP. Manakala SPi pula mengandungi TP yang perlu murid pamerkan sebagai petunjuk prestasi bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai. Setiap tajuk dalam SK diterjemahkan dalam SP yang berdasarkan peruntukan masa minimum jam setahun. Pelaksanaan bagi mata pelajaran Sejarah adalah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas yang berkuatkuasa sekarang.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses PdP selain yang ditetapkan dalam SK. Elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.
Bermula tahun 2022, tahun 1 hingga tahun 6 akan menggunakan DSKP KSSR Semakan sepenuhnya. DSKP ini akan menggantikan dsk dan ppm iaitu 2 dokumen yang telah diperkenalkan di awal pengenalan kssr kurikulum standard sekolah rendah.
Koleksi DSKP Tahun 2 KSSR Semakan 2017 (2018)
Koleksi DSKP Tahun 3 KSSR Semakan 2017 (Bermula 2019)
Koleksi DSKP Tahun 4 KSSR Semakan 2017
Koleksi DSKP Tahun 5 KSSR Semakan 2017
Koleksi DSKP Tahun 6 KSSR Semakan
Terbaik !!!!
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]