Matematik Tambahan SPM KSSM
Perkongian kali ini melibatkan Bahan SPM Matematik Tambahan KSSM seperti nota, panduan, cara menjawab, soalan dan pelbagai lagi.
Nota adalah ringkasan dan isi –isi penting dari matapelajaran yang kita dipelajari. Kejayaan seseorang pelajar di dalam peperiksaan banyak bergantung kepada kemampuannya menyediakan nota yang baik.Hasil dari satu eksperimen yang dijalankan didapati pelajar yang membuat nota mendapat 65% manakala pelajar yang mengharapkan daya ingatan semata-mata hanya 25%. Pelajar perlu bijak mengolah dan memanjangkan nota ini ketika peperiksaan. Di sini letaknya peranan kebolehan kita mengarang dengan baik dan peranan kefahaman yang jelas.
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1989 bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Selaras dengan perubahan itu, Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk format pentaksiran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Seterusnya, perekaan bentuk format pentaksiran menjadi asas kepada pembinaan instrumen pentaksiran.
Dalam perekaan bentuk format pentaksiran, aspek penjajaran dengan kurikulum kebangsaan sangat diberikan keutamaan. Oleh sebab itu, format pentaksiran direka bentuk berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan kurikulum standard seperti terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
Perekaan bentuk tersebut dilaksanakan dalam lima fasa utama iaitu pengkonsepsian, penentuan instrumen, pembinaan instrumen, kajian kesesuaian instrumen dan pemurnian serta penyediaan dokumen pentaksiran.
Hal yang demikian bertujuan untuk memastikan agar kualiti pentaksiran dan peperiksaan kebangsaan mempunyai suatu standard atau piawai. Perekaan bentuk ini melibatkan semua mata pelajaran, termasuklah mata pelajaran Bahasa Melayu yang merupakan mata pelajaran teras pada peringkat SPM.
Bermula 2021, peperiksaaan SPM akan menggunakan sukatan ataupun DSKP KSSM sepenuhnya. Oleh itu, bentuk soalan dan format soalan serta kandungan pembelajaran adalah berbeza ketika SPM di waktu KBSM.
Berikut merupakan perkongsian Bahan SPM Matematik Tambahan KSSM
Modul Intervensi SPM Matematik Tambahan
Nota Matematik Tambahan Tingkatan 4 Bab 1 Fungsi
Modul DLP Matematik Tambahan Tingkatan 4 Fasa 1
Modul DLP Matematik Tambahan Tingkatan 4 Fasa 2
Modul DLP Matematik Tambahan Tingkatan 4 Fasa 3
Modul DLP Matematik Tambahan Tingkatan 5 Fasa 1
Modul DLP Matematik Tambahan Tingkatan 5 Fasa 2
Koleksi Soalan Log Matematik Tambahan SPM
Nota Seminar Matematik Tambahan Mastery
Modul Matematik Tambahan Tingkatan 5
Format Matematik Tambahan SPM KSSM bermula 2021
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]