RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN RPT TAHUN 4
Rancangan Pengajaran Tahunan RPT merupakan satu garis panduan kepada guru untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran mengikut minggu sepanjang tahun.
RPT ini dibahagikan mengikut minggu dan satu dokumen standard kurikulum dan prestasi telah dibahagikan kepada pecahan kecil untuk memudahkan pengajaran pada setiap minggu.
Rancangan Pengajaran Tahunan atau disebut RPT merupakan satu komponen penting yang perlu disediakan oleh kita sebagai guru di sekolah bila tiba awal tahun. Ini merupakan sesuatu yang wajib sebagai persediaan kita untuk merancang pengajaran sepanjang tahun pengajaran semasa. Ianya perlu untuk mencapai kesemua standard kandungan dan standard pembelejaran yang telah disediakan dan ditetapkan oleh Kementerian Pendiidkan Malaysia sepanjang tahun pembelajaran dan pemudahcaraan.
Rancangan Pengajaran merupakan pelan bertindak untuk sesuatu program pengajaran dan pembelajaran yang disediakan berdasarkan sukatan pelajaran mata pelajaran yang akan diajar untuk tahun akademik atau semester tertentu. Dengan adanya Rancangan Pengajaran, guru boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara sistematik mengikut pemeringkatan yang sesuai dan menentukan ilmu, kemahiran dan nilai (standard isi kandungan dan standard pembelajaran) yang perlu disepadukan dalam enam tunjang KSSR .
Ini supaya guru dapat alert dengan masa sama ada pengajaran yang dilakukan oleh guru laju atau perlahan berbanding masa.
Alhamdulillah, terdapat beberapa koleksi bagi setiap rpt tahun 4 yang telah disumbangkan oleh rakan guru.
Berikut merupakan RPT bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat Komunikasi Tahun 4 2017.
Berikut merupakan RPT TMK Tahun 4 2018
Selamat merancang cikgu !!!!!
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]