BLACK FRIDAY
Dalam penghujung bulan 11 setiap tahun, antara istilah atau perkataan yang sering kita dengan ialah “Black Friday”. Kalau ramai yang tidak tahu, mesti menganggap black friday ini seperti hari Friday 13th atau apa-apa yang menakutkanlah.
Black Friday sebenarnya adalah Hari selepas Sambutan Thanksgiving atau kesyukuran bagi masyarakat barat terutamanya. Hari ini juga menandakan permulaan bagi musim membeli belah sempena Hari Krismas yang akan datang pada 25 Disember. Lebih kurang sebulan sebelum krismas, banyak kedai yang akan mengadakan jualan dan potongan diskaun untuk pelbagai barangan sebagai persiapan krismas nanti.
Sambutan Thanksgiving pula disambut pada hari Khamis keempat pada bulan November setiap tahun. Thanksgiving juga dikenali sebagai Harvest Festival. Di USA, hari Thanksgiving merupakan cuti umum bagi mereka.
Kenapa dipanggil Black Friday dan bukan White Friday atau Blue Friday? Ini disebabkan, banyak penjual merekodkan jualan dan keuntungan yang tinggi ketika Black Friday ini. Selepas itu, warna hitam dipilih kerana di dalam perniagaan, warna merah direkodkan untuk kerugian yang dialami manakala warna hitam pula digunakan untuk merekodkan keuntungan yang diperolehi.
Tarikh Black Friday
Pada 2015 pada 27 November, 2016 pada 25 November dan 2017 24 November
Jadi, kita rakyat Malaysia pon dapat mengambil peluang untuk melayari laman web seperti 11street dan Lazada untuk membeli barangan yang mungkin ditawarkan lebih diskaun pada Black Friday nanti.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]