Fakta Kes Ibu Buang Bayi Dalam Freezer
Benarlah dunia sudah hampir zaman. Kekejaman dalam diri manusia mengalahkan haiwan yang tidak berakal. Ini lah yang dikatakan bahawa survival hidup sesuatu spesies pastinya mengalahkan kepentingan yang lain tanpa mengira dosa pahala.
Tragedi kes ibu buang bayi ini berlaku di negara jiran. Perkongsian ini sebagai peringatan dan kesedaran kepada orang ramai terhadap penganiayaan terhadap anak-anak. Berapa ramai orang di luar sana yang tidak diberikan rezeki anak tetapi sangat sangat menginginkan seorang cahaya mata.
Fakta mengejutkan di sebalik kes.
1. Terkini diketahui mangsa adalah merupakan bayi perempuan dan sudah mati ketika suspek menyimpannya dalam peti ais.
2. Suspek mengaku panik ketika melihat bayi tidak bernyawa selepas di lahirkan ,dan membuat keputusan menyimpan bayi itu dalam peti ais di rumahnya.
3. Takut di ketahui suami, suspek kemudian memindahkan bayi ke peti ais kedai cuci kereta milik suaminya.
4. Suami tak tahu suspek mengandung: Dari keterangan pihak suami,dia tidak mengetahui bahwa isterinya itu mengandung dan melahirkan kerana isteri nampak biasa sahaja.
5. Pihak polis tidak menafikan bahwa disebalik kes berkenan suspek memiliki hubungan gelap dengan lelaki lain hingga menyorokkan kelahiran bayi tersebut.
6. Bedah siasat ke atas bayi mennjukkan bayi dilahirkan bulan mei lalu,dan hal itu di akui oleh suspek sendiri
7. Bayi sudah 3 bulan di simpan dalam peti ais
Anak ini merupakan amanah dari Allah s.w.t. Jagalah amanah ini sebaik mungkin. Anak adalah anugerah dan amanah dari Allah Swt yang harus di pertanggungjawabkan oleh setiap ibubapa dalam pelbagai aspek kehidupannya. Di antaranya adalah dalam pendidikan, kesihatan, kasih sayang, perlindungan yang baik dan berbagai aspek lainnya.
Pendidikan juga perlu dilihat sebagai suatu proses yang berterusan, berkembang, dan serentak dengan perkembangan individu seorang anak yang mempelajari apa saja yang ada di persekitarannya. Dengan kemahiran yang diperolehnya, anak akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai dalam kehidupan sehariannya.
Menurut perspektif Islam, pendidikan anak adalah proses mendidik ,mengasuh, dan melatih jasmani dan rohani berlandaskan nilai baik dan terpuji bersumber dari Al-Qur’an dan Sunnah. Bahkan dalam Islam sistem pendidikan keluarga ini dipandang sebagai penentu masa depan anak sehingga diibaratkan syurga dan neraka anak bergantung terhadap orang tuanya.
Anak-anak diperingkat awal usia mereka dibentuk dan dididik sejak dari awal. Islam dan barat mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini. Apa yang membezakannya ialah Islam menekankan pembentukan dasar (ketauhidan) seorang anak bukan hanya kelakuan fizikal dan intelektualnya saja, tetapi pemantapan akhlak juga perlu seiring dengan penerapan keimanan di dalam roh dan jiwa anak.
Anak merupakan amanah dari Allah Swt yang diberikan kepada setiap ibubapa, anak juga cahaya mata, tumpuan harapan serta kebanggaan keluarga. Anak adalah generasi masa depan yang mewarnai masa kini dan diharapkan dapat membawa kemajuan di masa akan datang. Anak juga merupakan ujian bagi setiap ibubapa sebagaimana disebutkan dalam Al-Qur’an surah al-Anfal ayat 28 yang berbunyi :
Ertinya :”Dan ketahuilah bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar.” (QS.al-Anfal ayat 28).
Ayat tersebut diatas menjelaskan bahawa salah satu ujian yang diberikan Allah kepada ibubapa adalah anak-anak mereka. Itulah sebabnya setiap ibubapa hendaklah benar-benar bertanggung jawab terhadap amanah yang diberikan Allah Swt. Jika anak yang dididik mengikuti ajaran Islam maka ibubapa pastinya akan memperoleh ganjaran pahala yang besar hasil ketaatan dan kesolehan mereka.
Tanggung jawab dalam keluarga adalah sangat besar, baik di dunia ataupun di akhirat. Tanggung jawab seseorang setelah menikah adalah tidak terbatas, kedua orang tua memikul tanggung jawab yang sangat besar bahkan sebelum kelahiran seorang anak. Akan tetapi banyak orang yang lalai akan tanggung jawab yang besar ini.
Ibnul Qayim mengatakan betapa banyak manusia yang menyengsarakan anaknya baik di dunia ataupun di akhirat. Kejelekan yang terjadi pada anak kebanyakannya dberpunca daripada kesalahan pendidikan dari orang tua. Anak adalah amanah yang harus dijaga. Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah memerintahkan kepada kalian untuk menunaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya.”
Apabila orang tua menginginkan agar anaknya berbuat baik kepada kedua orang tua, maka sebelumnya merupakan kewajiban orang tua untuk memberikan pendidikan yang baik. Apabila anak tidak diberikan pendidikan dengan baik maka seseorang telah mengkhianati amanah tersebut.
Firman Allah dalam Al-Quran, “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu.”
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Setiap kalian adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan ditanya dari apa yang dia pimpin. Seorang imam adalah pemimpin, dan dia akan dimintai dari apa yang dia pimpin. Dan seorang laki-laki adalah pemimpin keluarganya, dan dia akan ditanya dari kepemimpinannya tersebut. Dan seorang wanita adalah pemimpin dalam rumah tangga suaminya, dan dia akan ditanya mengenai kepemimpinannya tersebut. Setiap kalian adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepemimpinannya tersebut.”
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Tidaklah seorang hamba diberikan kepemimpinan, kemudian dia meninggal dalam keadaan menipu dalam kepemimpinannya, maka dia akan diharamkan masuk ke dalam syurga.”
Semoga bermanfaat kepada semua.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]