Penilaian PDP, Kepimpinan PBPPP
Bab kelima pula melibatkan penilaian pdp dan kepimpinan guru.
Item pertama adalah penilaian pdp.
Bagi item ini, guru perlu sertakan borang pemantauan atau pencerapan pdp guru oleh pentadbir. Sekurangnya 2 atau 3 borang cerapan sepanjang tahun yang telah dicerap oleh pentadbir. Cerapan oleh ketua panitia juga dibenarkan untuk menjadi salah satu penilaian.
Headcount markah murid juga boleh menjadi bahan bukti keberkesanan pdp. Cetak sahaja pencapaian murid sepanjang tahun melalui SAPS dan highlightkan murid-murid yang membuat peningkatan mendadak dan juga peningkatan sederhana.
Jika anda guru tahun 6, cetak pencapaian bagi mata pelajaran yang diajar oleh guru. Jika guru BM, BI dan Matematik tahap 1, cetak pencapaian murid bagi setiap saringan LINUS yang dijalankan.
Item kedua pula adalah rakaman video pengajaran dan kepimpinan.
Bagi merakam pdp, boleh dirakam semasa dalam kelas walaupun ketika itu tiada pencerapan. Disarankan penggunaan action cam sangat memudahkan urusan guru merakam kerana kamera tersebut dapat dikawal menggunakan telefon guru itu sendiri.
Item ketiga adalah maklum balas dan penilaian daripada murid atau ketua jabatan. Borang pemantauan ini boleh diperolehi daripada pihak pentadbir. Bagi penilaian daripada murid pula, terdapat borang senarai semak tersendiri yang boleh diguna pakai.
Borang penilaian maklumbalas dari murid
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]