Fail Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan PBPPP
Seperti yang sedia maklum, mulai 2016, prestasi pegawai perkhidmatan pendidikan atau guru juga dinilai menggunakan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. PBPPP ini dinilai melalui fail yang disediakan oleh pegawai itu sendiri.
Penyediaan fail ini sangat penting bagi merekod semua hasil kerja, pencapaian, sumbangan, pdp dan pendek kata menilai guru secara menyeluruh sepanjang perkhidmatan dan terutama tahun semasa.
Tambahan pula, melalui dasar exit policy, guru yang mendapat markah bawah 60% pada pbppp akan melalui satu tahun pemerhatian sebelum diputuskan sama ada perlu diberhentikan atau dibersarakan.
Pada kali ini, pihak kami akan berkongsi mengenai tatacara dan tips penyediaan fail pbppp yang telah dikongsi oleh salah seorang rakan guru yang juga merupakan penerima APC berdasarkan prestasi pada tahun 2016.
Tips dan tatacara yang dikongsi oleh beliau ini juga mungkin sedikit berbeza mengikut ppd dan pentadbir.
Namun, pada asasnya, masih lagi fail PBPPP yang dikongsi. Boleh kongsi pada semua rakan guru supaya dapat beringat tentang aspek yang perlu difailkan untuk prestasi 2017.
Berikut merupakan bahan asas bagi pbpppp.
Fail PBPPP ini dipecahkan kepada 6 pembahagian utama seperti di bawah.
Bahagian 1 . Peranan dan Tanggungjawab
Bahagian 2. Pelan Pembangunan Profesional
Bahagian 3. Sumbangan kepada organisasi
Bahagian 4. Bahan bukti dalam pdp
Antara tips lain yang dikongsikan adalah pastikan profil dan maklumat SPLG kita sentiasa dikemaskini. Panggilan untuk berkursus dan kehadiran berkursus mesti tepat dan dikemaskini. Ini disebabkan laporan kehadiran berkursus di SPLG ini juga akan dicetak untuk dilampirkan di dalam fail dan bukan setakat sijil sahaja.
Pastikan juga kertas kerja dan laporan tugasan yang dihasilkan oleh guru dicetak juga untuk diselitkan di dalam fail pbppp sebagai bukti melaksanakan program.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
eyzan
Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat dan membantu…syukran jazilan…semoga allah membalasnya dengan kebaikan