Santau pakai whatsapp
Di zaman serba moden ini dan maju ini, amalan ilmu hitam dan santau kepada orang lain masih lagi wujud dan ada diamalkan oleh masyarakat di sekeliling.
Terbaru, perkongsian dari rakan fb di mana ada dari nombor yang tidak mengenali telah menghantar santau ataupun mentera melalui chat pada whatsapp.
Rujuk gambar di bawah di mana gambar di bawah merupakan screenshot yang dibuat oleh penerima whatsapp untuk memberitahu dan menyebarkan kepada orang ramai berkenaan amalan syirik ini.
Berdasarkan gambar di atas, boleh diperhatikan di mana terdapat nombor yang tidak dikenali oleh penerima telah menghantar mesej kepadanya. Pada mulanya memberi salam kemudian keesokan harinya menghantar mesej yang dipercayai bacaan mantera untuk menghantar santau.
Mantera di atas telah dipadamkan beberapa perkataan kerana dikhuatiri akan memberi manfaat dan kesan buruk kepada orang yang membacanya. Semoga kita semua serta ahli keluarga bebas daripada kejahatan dan fitnah manusia ini.
Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Salam Muhammad Shukri, berkata hukum belajar, mengajar dan mengamal sihir adalah haram.
“Pengamal sihir dihukum kufur apabila memuja dan menyeru jin serta syaitan dalam amalan sihirnya. Meminta khidmat pengamal sihir juga haram dan berdosa.
“Sihir menurut Rasulullah, satu daripada dosa besar. Ia merosak dan menghancurkan sesuatu bangsa dan darjat pelakunya jatuh sama ada di dunia atau di akhirat,” katanya.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya: “Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu? Baginda menjawab: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Haramnya sihir tidak hanya terbatas kepada menjadi tukang sihir malah merangkumi individu yang mempercayai apa saja yang diperkatakan tukang sihir terbabit.
Antara perbuatan tukang sihir yang ketara dalam masyarakat ialah memisahkan hubungan suami isteri, mengganggu seseorang dan menimbulkan suasana tidak tenteram dalam masyarakat.
Orang yang bersahabat, meminta pertolongan dan menggunakan jin seperti tukang sihir tukang tenung tergolong di dalam golongan yang menzalami diri sendiri.
Ini kerana al-Quran menjelaskan perkara ini, maksudnya: “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu). (Yunus: 106)
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menemui tukang tilik atau tukang sihir dan menanyakan sesuatu kepadanya lalu terus mempercayai apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya telah mengkufurkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.” Riwayat Ahmad dan Hakim)
Sabda baginda lagi, maksudnya: “Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta disihirkan.” (Riwayat al-Tabrani)
Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati dan ilmu penjauh jin yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam.
Di dalam hadis riwayat Abu Daud dan Iman Ahmad, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: “Dari Ibn Mas’ud, katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sesungguhnya jampi mentera, tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik.” (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)
Menurut Dr Abdul Salam, walaupun tiada peruntukan undang-undang khusus kepada pengamal ilmu sihir, mereka boleh diambil tindakan apabila melakukan jenayah seperti membunuh.”Menurut pendapat ahli fekah, hukuman bunuh boleh dikenakan kepada pengamal sihir disebabkan perbuatan mereka yang membahayakan masyarakat.”Al-Quran mengajar kita berlindung diri kepada Allah daripada kejahatan tukang sihir. Firman-Nya bermaksud: (Dan aku berlindung diri) daripada kejahatan tukang meniup simpul. (al-Falaq: 4).
Berikut beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk menghindari fitnah manusia berbentuk santau ini.
1)Selalu membaca Al-Quran. Pesakit hendaklah boleh membaca quran dengan betul dan tepat. Sekiranya tidak mempunyai ilmu anda hendaklah disyorkan belajar quran. Sebelum membaca al-quran hendaklah diniatkan semoga quran dapat dijadikan pendiding diri dari unsur-unsur sihir dan minta kesembuhan Allah yang mengubati penyakit santau ini. Quran hendaklah dibaca pada setiap hari, walaupun sedikit. Amalkan Yassin pada setiap pagi selepas sembahyang subuh.Ada juga kalanya tercicir, namun pada keesokkan hari saya terus membacanya semula.
2)Sembahyang Sunat Sejadah di malam hari atau pun di siang hari.Sembahyang Sunat sejadah ini hendaklah kerap dilakukan
3)Sujud Syukur selepas Isyak, hendaklah sujud syukur sebanyak sekali pada setipa malam. Semasa sujud ucaplah kesyukuran pada Allah dengan berdoa di dalam hati ketika sujud. Katakanla “Syukurku pada mu ya Allah. Syukur pada rezeki yang dikurniakan pada ku dan juga penyakit yang aku alami, aku redha”
4)Doa di sujud yang terakhir solat fardhu.Di sujud yang terakhir doalah “Mohon kesembuhan penyakit ini dari Mu, Ya Allah”
5)Amalkan Sunnah Nabi. Sekurang-kurangnya mengamalkan sunnah nabi di dalam kehidupan harian.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu dengan ingat memperingati antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com
Lokmanamirul
Macam2 zaman skrg ni. Dunia akhir zaman.