Penyemakan Buku Latihan Murid Fail Panitia
Fail panitia merupakan salah satu perkara penting dalam pengurusan mata pelajaran di bawah bidang kurikulum. Malahan, fail panitia ini boleh dijadikan salah satu eviden bagi skpmg2 3.1 pengurusan kurikulum di bawah aspek pengurusan mata pelajaran.
Antara perkara penting dalam pengurusan mata pelajaran adalah seperti Carta Organisasi JKKS dan JK Panitia, Senarai nama guru mata pelajaran dan kelas, Pekeliling-pekeliling ikhtisas berkaitan panitia. dan ABM/Kewangan Panitia
Panitia memainkan peranan dalam membantu kemajuan akademik murid di sekolah. Antara peranan panitia pula adalah mendapatkan sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli panitia, menyediakan rancangan pengajaran yang diselaraskan antara guru dalam sesuatu tingkatan yang berkaitan,
Panitia juga menetapkan TOV (take off value) bagi setiap pelajar, memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan tambahan yang sesuai dengan keperluan para pelajar dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di Pusat Sumber sekolah.
Peranan lain seperti untuk memilih dan mencadangkan pada pentadbiran sekolah buku teks untuk digunakan oleh pelajar-pelajar berdasarkan kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran, menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan berasaskan sekolah yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan dan menubuhkan bank soalan dan mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan pelajar dan mengambil langkah untuk mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran.
Perkara ketujuh berkaitan dengan penyemakan buku latihan murid yang merangkumi Jadual Penyeliaan, Borang penyeliaan dan Laporan kekuatan/kelemahan.
Berikut merupakan bahan berkaitan dengan penyemakan buku latihan murid.
BORANG PK 6 1 LAPORAN SEMAKAN HASIL KERJA MURID 2011_Ubah
Senarai semak buku latihan dan nota pelajar
Jadual-Semakan-Buku-Latihan-Murid-docx
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]