Pengambilan Guru Interim di Sekolah Kebangsaan dan SJK 2020
Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltiam untuk menjadi Guru Interim di
(i)Sekolah Kebangsaan bagi mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Jasmani Kesihatan
(ii)Sekolah Jenis Kebangsaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta reka bentuk teknologi.
Tempoh interim ini adalah selama tiga tahun.
Antara syarat kelayakan adalah warganegara Malaysia, Sihat tubuh badan, tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2020,memiliki kelulusan akademik sekurangnya Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan sahaja dengan CGPA minimun 3.0 dari Universiti Awam bagi calon Semenanjung Malaysia atau dari Universiti Awam, IPTS dan Universiti luar negara bagi calon dari Sabah dan Sarawak. Surat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia, kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM.
Permohonan boleh dibuat mulai 23 September 2019 di laman web IPGm di alama di bawah
Pemohon yang diterima perlu menduduki ujian psikometrik sebelum ditemuduga bagi jawatan Guru Interim. Guru interima perlu berkhidmat selama tiga tahun di sekolah tersebut dan sebarang permohonan pertukaran tidak akan dipertimbangkan.
Guru interim yang tiada ikhtisas pendidikan perlu mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan secara kursus dalam cuti bagi mendapatkan ikhtisas penddikan dengan pembiayaan sendiri dalam tempoh interim.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com
Han Yun Yun
Untuk membuat rayuan terhadap semakan pengambilan guru interim 2020.