Latih Tubi Nombor dan Operasi Matematik Tahun 4 KSSR Semakan
Perkongsian kali ini melibatkan soalan dan latih tubi topikal Nombor dan Operasi Matematik Tahun 4 KSSR Semakan
Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.
Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya).
Kaedah latih tubi mungkin akan membosankan jika dilakukan secara berterusan. Kaedah ini boleh menjejaskan tumpuan murid-murid berkeperluan khas, lebih-lebih lagi murid khas bermasalah pembelajaran. Oleh itu , untuk mengelak kebosanan dan kurangnya konsentrasi murid, pelbagai bentuk latih tubi boleh digunakan seperti:
mengadakan kaedah latih tubi secara pertandingan dalam kumpulan atau individu, iaitu siapa yang dapat menjawab sesuatu pertanyaan guru tentang sesuatu berkaitan dengan kemahiran, markah akan dikira dan dihimpun dan kemudian dibandingkan dengan kumpulan atau individu yang lain yang terlibat.
bagi murid yang kurang daya saing, kaedah latih tubi boleh dijalankan dengan cara memegang peralatan dan menyebutnya, dari aspek nama peralatan tersebut, fungsi, cara penggunaan, cara menyimpan, cara untuk menggelakkan diri dari kecederaan akibat penggunaan peralatan dan sebagainya.
Sebenarnya seseorang murid itu boleh juga membantu rakan mereka dalam kaedah latih tubi ini selain daripada guru dan ibu bapa. Jadi, latih tubi antara satu kaedah yang penting dalam mengajar murid khas bermasalah pembelajaran untuk memahami apa yang diajar.
Berikut merupakan Koleksi latih tubi secara topikal Nombor dan Operasi Matematik Tahun 4 KSSR Semakan
Tahun 4 Nombor dan operasi – 1.1.2 Banding dan susun nombor
Tahun 4 Nombor dan operasi – 1.1.2 Teroka nombor
Tahun 4 Nombor dan operasi – 1.2.1 nombor genap nombor ganjil
Tahun 4 Nombor dan operasi – 1.4.1 bundar nombor
Tahun 4 Nombor dan operasi – 1.5.1 pola nombor
Tahun 4 Nombor dan operasi – 1.6.1 tambah
Tahun 4 Nombor dan operasi – 1.6.2 tolak
Tahun 4 Nombor dan operasi – 1.6.4 darab
Tahun 4 Nombor dan operasi – 1.6.5 bahagi
Tahun 4 Nombor dan operasi – 1.7.1 tambah dan tolak
Tahun 4 Nombor dan operasi – 1.7.2 darab dan bahagi
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]