Cakap Ajuk Cakap Pindah
Perkongsian kali ini melibatkan bahan Bahasa Melayu sesuai untuk peringkat sekolah rendah dan menengah iaitu Cakap Ajuk Cakap Pindah
Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.
Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya).
a. Langkah menukarkan ayat:
1. Jangan mengubah makna asalnya.
2. Susunan ayat hendaklah dikekalkan (yang dahulu didahulukan)
3. Lakukan perubahan perkataan:
contoh:
– saya …………………dia…………………………….- kamu ………………………….dia
– kami ………………..mereka……………………..- hamba…………………………dia
– di sini……………….di situ/di sana……………- begini…………………………..begitu – kini…………………..ketika itu…………………..- dan sebagainya.
4. Jangan gunakan “kata tanya”. Tukar pada fungsinya.
contoh:
– mengapa…………..punca/sebab…………….- bagaimana……………………cara/keadaan – berapa………………jumlah/harga……………- bila………………………………masa
5. Tukar penggunaan “kata” atau “tanya” dalam ayat asal.
contoh:
i. Ayat penyata : berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan, menerangkan dan sebagainya yang sesuai dengan situasi.
ii. Ayat silaan : mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak.
iii. Ayat permintaan : meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati.
iv. Ayat suruhan : menyuruh, mengarahkan, memerintahkan.
v. Ayat larangan : melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang.
vi. Ayat tanya : bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin kepastian.
vii. Ayat seruan : (bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama ada “marah, hairan, terkejut, menyindir, memarahi, mencabar, merayu dan sebagainya”.
6. Contoh penukaran ayat:
i. “Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya” kata Ali kepada Chan. Jawapah: Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.
ii. “Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon” kata guru itu. Jawapan: Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon.
iii. “Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?” tanya guru disiplin itu. Jawapan: Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.
iv. “Jemput makan kuih itu!” kata Mak Chan kepada Cik Lim. Jawapan: Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.
Berikut merupakan bahan berkaitan Cakap Ajuk Cakap Pindah
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.