Dasar Pendidikan Kebangsaan
Salah satu dasar yang perlu diketahui oleh mereka yang akan melalui peperiksaan atau temuduga ke sektor kerajaan adalah Dasar Pendidikan Kebangsaan. Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik PTD dan temuduga SPP untuk menjadi guru merupakan antara peluang kerjaya yang diminati ramai rakyat Malaysia.
Join channel telegram PTD di Telegram nota dan soalan PTD di – https://t.me/persediaanPTD41
Join channel temuduga SPP di https://t.me/notatemudugaspp
Berikut merupakan huraian dasar Pendidikan Kebangsaan ini
“Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara”
MATLAMAT PENDIDIKAN
- Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
- Melahirkan insan beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
- Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan Negara.
- Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
DPK mempunyai peranan penting bagi menjayakan wawasan negara melalui pendidikan demi mencapai taraf negara maju sepenuhnya daripada aspek kemajuan ekonomi, keadilan sosial, kekuatan rohani, moral dan etika ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik.
DPK dilaksanakan melalui Sistem Pendidikan Kebangsaan (SPK) yang
memperuntukkan tiga teras utama, iaitu penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, menggunakan kurikulum yang sama, iaitu Kurikulum Kebangsaan dan menduduki peperiksaan yang sama.
Ketiga-tiga teras utama ini diaplikasikan dalam peringkat pendidikan yang diperuntukkan di bawah SPK, iaitu pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan lepas menengah sehingga pendidikan tinggi tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa. Kesemua peringkat pendidikan ini boleh diperoleh di institusi pendidikan yang dikategorikan di bawah peruntukan SPK, iaitu institusi pendidikan kerajaan, institusi pendidikan bantuan kerajaan dan institusi pendidikan swasta.
Untuk mendapatkan dokumen terperinci berkenaan dasar ini
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.