Panduan Penerangan Pelepasan Cukai Taksiran 2023
Berikut dikongsikan panduan penerangan pelepasan cukai taksiran tahun 2023 yang boleh diisi bermula 1 mac 2024.
Untuk panduan penerangan mengisi pelepasan cukai 2023 (download di bawah)
Sedikit maklumat berkenaan dengan pelepasan cukai
Beberapa perkara mengenai pelepasan cukai tahun 2023
Rujukan grafik FB Rasmi LHDN
Gaya hidup – Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:
Pembelian atau langganan buku / jurnal / majalah / surat khabar / lain-lain penerbitan seumpamanya
Perbelanjaan bagi pembelian atau langganan buku, jurnal, majalah, surat khabar dan lain-lain penerbitan seumpamanya (dalam bentuk hardcopy atau elektronik tetapi TIDAK termasuk bahan bacaan yang terlarang seperti majalah lucah) untuk kegunaan diri sendiri, pasangan atau anak dibenarkan sebagai potongan.
Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet
Perbelanjaan bagi pembelian komputer peribadi, telefon pintar (smartphone) atau tablet [TIDAK termasuk caj tambahan jaminan (warranty)] untuk kegunaan diri sendiri, pasangan atau anak, dan BUKAN digunakan untuk tujuan perniagaan.
Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 dan bayaran keahlian gimnasium
Perbelanjaan untuk kegunaan diri sendiri, pasangan atau anak bagi:
- (a) pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan
mengikut jenis sukan yang disenaraikan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997. Peralatan sukan termasuk alat-alat yang mempunyai jangka hayat yang singkat seperti bola golf dan bulu tangkis tetapi TIDAK TERPAKAI kepada jenis basikal bermotor; serta
- (b) bayaran keahlian gimnasium (TIDAK TERMASUK keahlian kelab yang menyediakan kemudahan gimnasium).
Subperenggan 46(1)(p)(iii) ACP 1967.
Bayaran bil bulanan bagi langganan untuk internet
Bayaran bil bulanan bagi langganan internet yang didaftarkan atas nama individu untuk kegunaan sendiri, pasangan dan anak.
Subperenggan 46(1)(p)(iv) ACP 1967.
Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997
Perbelanjaan bagi pembelian peralatan sukan bagi apa- apa aktiviti sukan yang disenaraikan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 (TIDAK termasuk basikal roda dua bermotor) untuk kegunaan diri sendiri, pasangan atau anak dibenarkan sebagai potongan.
Jumlah potongan ini adalah tambahan kepada pelepasan gaya hidup di bawah G9(iii).
Contoh:
Encik Kevin membeli peralatan sukan bagi kegunaan diri dan ahli keluarganya pada tahun 2023 yang berharga RM3,000. Amaun yang layak dituntut bagi perbelanjaan pembelian peralatan sukan di bawah perenggan 46(1)(p) bagi TT 2023 adalah sebanyak RM2,500 manakala baki perbelanjaan sebanyak RM500 adalah layak dituntut sebagai pelepasan tambahan khusus untuk sukan di bawah perenggan 46(1)(u) bagi TT 2023
Bayaran sewa atau fi kemasukan ke fasiliti sukan
Perbelanjaan bayaran sewaan atau fi kemasukan ke mana-mana fasiliti sukan untuk kegunaan diri sendiri, pasangan atau anak.
Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak /tadika yang berdaftar
Potongan ini dibenarkan berhubung yuran penghantaran anak yang berumur 6 tahun dan ke bawah ke:
– taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tertakluk pada Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; atau
– tadika yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan tertakluk pada Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).
Potongan ini terhad kepada RM3,000 walaupun bilangan anak yang memenuhi syarat-syarat tersebut melebihi satu. Sekiranya amaun tuntutan kurang daripada RM3,000, amaun potongan yang dibenarkan adalah terhad kepada amaun yang dibayar sahaja.
Sekiranya taksiran suami dan isteri dibuat secara berasingan, potongan cukai di bawah perenggan ini hanya boleh dituntut sama ada oleh suami ATAU isteri yang melakukan perbelanjaan tersebut.
Bagi pasangan yang sudah bercerai, potongan cukai ini layak dituntut oleh bekas suami dan bekas isteri dengan syarat kedua-duanya telah membuat pembayaran bagi yuran penjagaan anak dan anak tersebut bukan anak yang sama.
Tuntutan potongan ini hendaklah disokong dengan:
dokumen kelahiran anak (MyKid atau sijil kelahiran); dan
resit pembayaran yuran bulanan yang dikeluarkan oleh taman asuhan
kanak-kanak atau tadika tersebut.
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Join Group Facebook rasmi Sumber Pendidikan .com di FB Rasmi
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.