Divider Mingguan RPH 2023 Negeri A
Perkongsian kali ini berkenaan dengan Divider Mingguan RPH 2023
Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif,cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai” Petikan daripada SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3) 9 Mac 1999
Dalam erti kata lain, Rancangan Pengajaran Harian merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh guru untuk beberapa waktu pelajaran dan juga merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi beberapa elemen yang perlu ditulis bagi bertujuan memudahkan guru mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Dalam menyediakan RPH ini, guru diberi pilihan sama ada boleh menggunakan buku, fail atau yang terkini e-rph bergantung kepada kebenaran pentadbir dan pihak atasan.
Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.
Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. la haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikernukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.
Negeri Kumpulan A merupakan negeri di mana sesi persekolahan adalah bermula pada hari Ahad. Negeri ini adalah negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor.
Bagi membolehkan rekod RPH ini disusun dengan kemas dan baik, guru boleh menggunakan pembahagi atau divider RPH bagi membahagikan setiap RPH sepanjang tahun itu mengikut minggu minggu tertentu. Ini membolehkan RPH setiap minggu dapat disemak dengan lebih mudah oleh pihak pentadbir.
Berikut merupakan Divider RPH 2023 Negeri Kumpulan A
divider rph 2023 kumpulan A jimat ink
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.